SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Tourism

MOTAC SOKONG PENUH KAMPUNG LAUT DIIKTIRAF DI BAWAH UNESCO

MOTAC SOKONG PENUH KAMPUNG LAUT DIIKTIRAF DI BAWAH UNESCO

Asraf Zin by Asraf Zin
November 1, 2021
in Tourism
Reading Time: 2 mins read
A A
0
97
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT: Laman Warisan Kampung Laut sebagai Tapak Warisan dan Masjid Kampung Laut sebagai Objek Warisan dilihat memiliki potensi besar untuk diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri berkata, kerajaan menyokong penuh perancangan pencalonan kedua-dua lokasi ini untuk mendapatkan pengiktirafan daripada UNESCO.

Turut sama dinyatakan oleh YB Dato’ Sri Hajah adalah MOTAC sentiasa komited untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dan menyambung usaha ECERDC dalam mempromosikan Kampung Laut sebagai destinasi “mesti-lawat” yang bukan sahaja menfokuskan kepada pelancongan domestik, malah ke persada antarabangsa.

“Kedua-dua projek ini dilihat berpotensi besar untuk diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia di bawah UNESCO kerana ia memenuhi kriteria pencalonan iaitu lokasi tradisi budaya yang unik dan juga contoh seni bina yang luar biasa,” katanya.

“Negeri Kelantan kaya dengan budaya dan warisan yang unik dan perlu dipelihara serta diketengahkan ke persada antarabangsa,” tambahnya lagi.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyerahan Laman Warisan Serunding Kampung Laut daripada Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di Kampung Laut, Tumpat semalam.

Turut hadir sama ketika Majlis tersebut adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) iaitu Datuk Mustapha Mohamed; Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Baidzawi Che Mat.

sesi bergambar dengan Dif terhormat

Menurut YB Dato’ Hajah Nancy lagi, pembangunan semula Kampung Laut dan pulangnya semula Masjid Kampung Laut ke tempat asalnya adalah bertepatan dengan pendekatan baharu MOTAC yang dilihat selaras dengan Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) yang dilancarkan pada 26 Oktober lalu.

“Kawasan ini akan siap sepenuhnya pada tahun depan. Apabila ia siap sepenuhnya, semestinya kawasan ini akan menjadi sebuah pusat pelancongan warisan ikonik dan destinasi yang mesti dilawati di Kelantan,” Kata beliau.

Dato’ Nancy Shukri bersama-sama melawat sembilan usahawan tempatan di ruang niaga
ShareTweetPin
Previous Post

CITARASA WARISAN SETEMPAT DI PENGKALAN DATU PENARIK KEHADIRAN PELANCONG DALAM DAN LUAR

Next Post

IDEA KREATIF GURU , UBAH BAS JADI MAKMAL STEM

Next Post

IDEA KREATIF GURU , UBAH BAS JADI MAKMAL STEM

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • Sos cili pedas IBU oleh Dato’ Khadijah Ibharim kini menembusi pasaran Berunai
  • 亚洲童星品牌联合共赢发布会
  • Majlis Pelancaran Kerjasama & Pemerkasaan Jenama Asia’s Kids Star
  • BEST OF ASEAN PERFORMING ARTS (BOAPA) 2025 CELEBRATES ASEAN YOUTH TALENT AND CULTURAL UNITY
  • KBS KOMITED MENANGANI ISU KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN BELIA MENERUSI PROJEK DENGAR RAKAN MUDA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist