SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Hiburan

IDEA KREATIF GURU , UBAH BAS JADI MAKMAL STEM

IDEA KREATIF GURU , UBAH BAS JADI MAKMAL STEM

Siti Norsyazlina by Siti Norsyazlina
November 1, 2021
in Hiburan, Nasional
Reading Time: 2 mins read
A A
0
107
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUBANG PASU – Berkat kekreatifan guru di sebuah sekolah di Kedah , bas buruk yang hampir dilupuskan bertukar menjadi makmal sains , teknologi , kejuruteraan dan matematik (STEM) bagi kegunaan pelajar sekolah di situ .

Ini merupakan satu inisiatif yang dilakukan oleh guru Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Wan Kemara , Changlun berikutan dengan kondisi sekolah mereka dengan ruang yang terhad disebabkan mempunyai hampir 1,360 murid menghadiri sekolah itu .

Idea ini mula terjadi selepas pihak sekolah itu mengetahui Universiti Utara Malaysia (UUM) mahu melupuskan bas lama sebelum mereka memohon mendapatkan bas itu secara percuma , Januari lalu .

Guru Besar Mohd Nizam Saidin berkata , “Permohonan kami diterima sebulan selepas itu , namun proses menunda menghadapi sedikit masalah apabila lori penunda tiba di pagar masuk kerana jalan sekolah agak sempit menyebabkan kenderaan itu tidak dapat masuk ke dalam sekolah .

“Guru kemudian beramai-ramai menolak bas masuk ke dalam sekolah sehingga pakaian basah berpeluh , namun semuanya dilakukan demi memastikan murid mendapat pendedahan STEM,” tambahnya lagi ketika dihubungi .

Apa yang lebih menarik , pihaknya tidak mengeluarkan sebarang kos bagi pengubahsuaian bas itu , memandangkan ia dapat ditampung dengan hasil jualan beberapa alan ganti bas yang masih dalam keadaan elok .

26 guru yang ditugaskan telah bertungkus-lumus melakukan kerja ubah suai bas itu sejak Februari lalu , namun terpaksa dilakukan secara bergilir atas faktor Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) .

“Setiap hari hanya dua atau tiga orang guru dibenarkan melakukan tugas itu. Mereka dibahagi mengikut tugas dan kemahiran masing-masing, ada yang ditugas mengecat dan mengubah suai kerusi serta lantai bas.

“Kemudian kami membeli peralatan STEM serta memasang pendingin hawa menggunakan hasil jualan alat ganti bas. Walaupun keseluruhan proses mengambil masa agak lama, namun segalanya berjalan lancar,” katanya.

Tambah beliau lagi , kenderaan yang telah siap diubah suai ini dinamakan Kemara STEM Lab selepas lapan bulan kerja penyiapannya dilakukan , dan makmal ini telah dilengkapi dengan pelbagai peralatan menarik bagi membentuk minda STEM dalam kalangan murid sekolah luar bandar .

Antara peralatan STEM berkenaan adalah teropong teroka alam , mikroskop , alatan pemacu intraktif , alatan sains uji minda serta alat lain yang mampu menguji minda murid pra sekolah hingga Tahun Enam .

“Menjadi harapan saya agar makmal STEM ini akan melonjakkan semangat murid menceburi subjek STEM apabila di sekolah menengah dan seterusnya ke peringkat tertinggi.

“Ia seiring dengan keperluan negara yang mahu melahirkan lebih ramai golongan profesional dalam bidang ini, kami juga bercadang untuk membenarkan murid sekolah lain melawat makmal ini apabila waktu yang sesuai nanti,” katanya. – HARIAN METRO

ShareTweetPin
Previous Post

MOTAC SOKONG PENUH KAMPUNG LAUT DIIKTIRAF DI BAWAH UNESCO

Next Post

MOTAC LANCAR PAKEJ CUTI PENJAWAT AWAM DAN PESARA KERAJAAN

Next Post

MOTAC LANCAR PAKEJ CUTI PENJAWAT AWAM DAN PESARA KERAJAAN

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • இந்த ஆண்டு கல்வி மேம்பாட்டுத் திட்டம் கல்வி அமைச்சகத்தின் கவனத்தில் உள்ளது, இதில் புதிய பாலர் பாடத்திட்டமும் அடங்கும்.
  • 教育发展计划是教育部今年的工作重点之一,其中包括新的学前教育课程。
  • Pelan Pembangunan Pendidikan antara fokus KPM tahun ini,termasuk kurikulum prasekolah baharu
  • 星光街头节 丰富多彩的
  • STAR-LIT STREET FESTIVAL DI TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 BERTEMPAT DI BUKIT BINTANG
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist