SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Tourism

MOTAC LANCAR PAKEJ CUTI PENJAWAT AWAM DAN PESARA KERAJAAN

MOTAC LANCAR PAKEJ CUTI PENJAWAT AWAM DAN PESARA KERAJAAN

Asraf Zin by Asraf Zin
November 1, 2021
in Tourism
Reading Time: 2 mins read
A A
0
48
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya, Tourism Malaysia melancarkan Pakej Cuti Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan melibatkan produk-produk pelancongan di seluruh negara dalam usaha meningkatkan pelancongan domestik

Program yang mendapat Kerjasama Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan (LPPM) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) itu telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Hajah Nancy Shukri di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan.

Pelancaran Pakej tersebut merupakan kesinambungan kepada Pakej Istimewa Penjawat Awam yang telah dilancarkan pada 3 September 2020 dengan memfokuskan kepada produk-produk di sekitar Lembah Klang sebelum diperluaskan ke negeri Sabah. Sejak dilancarkan, nilai jualan yang berjaya dijana adalah sekitar RM510,000.00 walaupun berdepan cabaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

“Kita menyasarkan pelancaran pakej kali ini dapat menarik seramai mungkin penjawat awam dan pesara kerajaan untuk melancong di dalam negar termasuk 1.2 juta ahli CUEPACS dan 700,000 pesara kerajaan,” kata Dato’ Sri Hajah Nancy.

“Inisiatif Pakej Cuti Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan ini diharap dapat menyemarakkan kembali pelancongan domestik sekali gus membantu pemulihan industry pelancongan negara yang terkesan ekoran COVID-19,” tambahnya lagi.

Sehingga kini, sebanyak 457 pakej telah dibangunkan melibatkan produk-produk pelancongan dari seluruh Malaysia dengan tawaran harga pakej serendah RM120 seorang. Tempoh sah pakej adalah sehingga 30 Jun 2022.

Turut hadir pada program pelancaran tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, Negeri Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman.

Mengulas lanjut, Selain pakej penginapan, para penjawat awam dan pesara kerajaan juga dapat menikmati tawaran diskaun bagi harga tiket sehingga 30 peratus.

“Antara produk pelancongan yang tersenarai ialah Putrajaya, I-City Shah Alam, Genting Highland, Sky Bridge KLCC, Sky Mirror Kuala Selangor, Taman Negara Endau Rompin, Taman Negara Mulu, Royal Belum, Kilim Geoforest Park, Denum Valley, Wakaf Che Yeh, Taman Tamadun Islam dan banyak lagi,” Kata Dato’ Sri Hajah Nancy.

Segala maklumat berkenaan pakej-pakej yang ditawarkan boleh diperoleh dengan melayari laman web Tourism Malaysia di https://deals.malaysia.travel/deals.

ShareTweetPin
Previous Post

IDEA KREATIF GURU , UBAH BAS JADI MAKMAL STEM

Next Post

FINAS HARGAI USAHA KERAJAAN DALAM MERANCAKKAN SEMULA INDUSTRI KREATIF

Next Post
FINAS HARGAI USAHA KERAJAAN DALAM MERANCAKKAN SEMULA INDUSTRI KREATIF

FINAS HARGAI USAHA KERAJAAN DALAM MERANCAKKAN SEMULA INDUSTRI KREATIF

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • – KL CAR FREE MORNING (ISTIMEWA RUN) PERINGKAT WP KUALA LUMPUR 2025
  • PENGKUATKUASAAN TERHADAP ENTITI YANG BERKAITAN DENGAN KEMALANGAN BAS PERSIARAN MELIBATKAN PELAJAR UPSI
  • 媒体报道 旅游、艺术与文化部 对涉及UPSI学生的广播巴士事故采取执法行动
  • YB TMA Hadiri Pelancaran Pusat Kecemerlangan Penyelidikan & Inovasi Ekonomi Islam (i-RISE) di Sasana Kijang, Bank Negara
  • 首相署(宗教事务)部新闻稿:YAPEIM AL-FALAH 祭祀:全国126个地点共计145头牛,受益人数超过6万
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist