SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Hiburan

Muzikal Sulalat’Us Salatin kembali dipentaskan

Muzikal Sulalat’Us Salatin kembali dipentaskan

SWA TV by SWA TV
October 14, 2025
in Hiburan, Senitv.com
Reading Time: 2 mins read
A A
0
59
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS kejayaan pementasan pertama pada Disember tahun lalu di Melaka, teater Muzikal Sulalat’Us Salatin akan menemui semula khalayak pada 31 Oktober sehingga 2 November ini di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur.

Teater ini dipentaskan semula sebagai salah satu program pengisian budaya yang dipilih dalam kalendar Kepengerusian ASEAN 2025 yang mana Malaysiamenjadi tuan rumah.

Menurut Penerbitnya, Siti Rohayah Atan, selain itu pementasan semula ini adalah berdasarkan permintaan khalayak yang tidak berkesempatan menyaksikannya pada pementasan sulung.

“Saya percaya langkah yang diambil ini akan memberi peluang lebih luas kepada khalayak terutamanya generasi muda untuk sama-sama menyaksikan pementasan tentang cerita bangsa Melayu ini.

“Cara ini adalah antara kaedah yang dianggap sesuai dalam usaha kita untuk memperkenalkan karya sastera agung kepada generasi muda supaya mereka lebih mengenali tentang sejarah bangsa,” katanya.

Pementasan yang diadakan secara kerjasama dengan DBP dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Melaka itu dijangka akan ditonton 3,000 orang.

Teater berbentuk purbawara muzikal yang dipentaskan ini berkisarkan tentang kemaharajaan maritim yang juga disebut sebagai pertuturan segala Raja-Raja atau Sejarah Melayu.

Teater ini menyentuh asal-usul kemaharajaan maritim yang bermula dari transisi masa Raja Iskandar Zulkarnain dan Puteri Syah Al-Bariyah, Raja Suran yang mengembara ke alam lautan, Kisah Kuda Semberani, Wan Empuk dan Wan Malini berpadikan huma yang berbuah emas, Waadat Demang Lebar Daun dan Seri Teri Buana.

Begitu juga kisah Tun Jana Khatib di Temasek, kebijaksanaan Hang Nadim sehingga Singapura dilanggar todak, kisah merajuknya Sang Rajuna Tapa, Melaka Zaman Gemilang hinggalah runtuhnya Empayar Melaka.

“Teater ini menampilkan 11  lagu  iaitu Raja Yang Bermula, Chulan ke Lautan, Bunga Singapura, Ewah Ewah Hiburkan Hati, Pintu Taat Sudah Tiada, Melaka Bumi Melayu, Melepaskan Kasih, Hubungan Diraja, Tujuh Syarat Ledang, Tetap Ada dan Bangkit Dari Luka,”

Antara pelakon yang terlibat ialah Nabila Huda, Adam Lee, Zaidi Omar, Mubarak Majid, Zera Hariz, Rosli Rahman Ada, Raja Azrey, Alina Hassan, Ijat Ashari, Serra Kamal, Sahronizam Noor, A. Aris Kadir, Fahezul Azri, Aqil Wafi, Rasdi Daud, Pavy Raj dan ramai lagi.

 

ShareTweetPin
Previous Post

konsep yang menarik

Next Post

PERASMIAN TABUNG HAJI CAWANGAN KUCHING

Next Post
PERASMIAN TABUNG HAJI CAWANGAN KUCHING

PERASMIAN TABUNG HAJI CAWANGAN KUCHING

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • BEST OF ASEAN PERFORMING ARTS (BOAPA) 2025 CELEBRATES ASEAN YOUTH TALENT AND CULTURAL UNITY
  • KBS KOMITED MENANGANI ISU KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN BELIA MENERUSI PROJEK DENGAR RAKAN MUDA
  • KEJOHANAN KBS MASTERS GAMES 2025 6000 PESERTA ANTARA BERUMUR 40- 60 TAHUN
  • Syria Care Sasar Menghantar 2 Kontena Pakaian Musim Sejuk ke Syria Tahun Ini
  • ASEAN Film & TV Summit 2025 – Siri 2
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist