SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Hiburan

AIGNER Meraikan Ikon di Kuala Lumpur

AIGNER Meraikan Ikon di Kuala Lumpur

SWA TV by SWA TV
July 18, 2026
in Hiburan, Info@swatv
Reading Time: 3 mins read
A A
0
16
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

kuala Lumpur, Malaysia — Rumah barangan kulit mewah dari Jerman, AIGNER, baru-baru ini telah mengalu-alukan penyanyi kesayangan Malaysia, Dato’ Khadijah Ibrahim, ke butik AIGNER di IOI City Mall dalam satu acara penghargaan pelanggan yang eksklusif bagi meraikan nilai-nilai berkekalan seperti ketukangan, kesenian dan keanggunan abadi.

Sepanjang sejarah penubuhannya, AIGNER sentiasa menghargai individu yang mendedikasikan kehidupan mereka untuk menyempurnakan kemahiran dan hasil seni masing-masing. Seperti para artisan yang teliti di sebalik setiap ciptaan AIGNER, jenama ini amat menghormati para penggiat seni yang melalui semangat, keaslian dan komitmen terhadap kecemerlangan telah meninggalkan legasi budaya yang berkekalan.

Tidak ramai yang mencerminkan nilai-nilai ini sebaik Dato’ Khadijah Ibrahim. Dengan kerjaya yang menjangkau lebih empat dekad, beliau kekal sebagai antara artis paling disegani di Malaysia, bukan sahaja kerana bakat seninya yang luar biasa, malah kerana keanggunan, keaslian serta komitmennya yang tidak berbelah bahagi terhadap kecemerlangan. Perjalanan seni beliau mencerminkan prinsip yang menjadi tunjang AIGNER sejak penubuhannya—penghargaan terhadap warisan, kualiti yang berkekalan serta ketukangan yang merentas generasi.

Majlis istimewa ini memberi peluang kepada para tetamu untuk bertemu secara lebih dekat dengan penyanyi tersohor tersebut sambil meneroka koleksi terbaharu AIGNER, yang terus menampilkan ketukangan kulit yang menjadi identiti jenama serta rekaan kontemporari yang menghormati warisannya yang kaya. Dengan meraikan ikon seperti Dato’ Khadijah Ibrahim, AIGNER bukan sahaja mengiktiraf seni di sebalik setiap ciptaannya, malah turut menghargai individu yang hasil kerja sepanjang hayat mereka melambangkan semangat, kecemerlangan dan daya tarikan yang tidak lapuk dek zaman.

Tentang AIGNER Kepakaran utama AIGNER terletak pada penghasilan beg kulit dan aksesori berkualiti tinggi. Pada setiap musim, pasukan reka bentuk yang diketuai oleh Pengarah Kreatif Christian Beck menghasilkan koleksi beg yang bukan sahaja memenuhi cita rasa pencinta fesyen, malah berpotensi menjadi karya klasik yang kekal relevan sepanjang zaman. Selain itu, rangkaian produk AIGNER turut merangkumi barang kemas, jam tangan, kasut, pakaian kanak-kanak serta koleksi kediaman dan gaya hidup, yang dihasilkan menerusi kerjasama dengan rakan pemegang lesen jenama. Hari ini, AIGNER mempunyai kehadiran di 101 butik di seluruh dunia. Warisan yang diasaskan oleh Etienne Aigner, dan sejak tahun 2008 diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sibylle Schön, kini berkembang sebagai jenama mewah bertaraf global yang berada di 16 buah negara. Selain pasaran di Eropah, Asia dan Timur Tengah, AIGNER turut memiliki hak jenama bagi Amerika Utara dan Amerika Selatan sejak tahun 2022.

Tentang THE MELIUM GROUP Ditubuhkan pada tahun 1989, The Melium Group merupakan peneraju dalam peruncitan fesyen mewah dan gaya hidup di Malaysia. Kumpulan ini mewakili lebih daripada 100 jenama pereka fesyen dan barangan kulit mewah, termasuk Tod’s, Givenchy, Roger Vivier, MCM, AIGNER, Hackett London, Max Mara, Weekend Max Mara, Alo Yoga, Piquadro, ADLV, Boggi Milano, Sensatia Botanicals, serta pelbagai jenama antarabangsa lain. Kini, The Melium Group menawarkan pilihan koleksi pakaian lelaki dan wanita yang dikurasi dengan teliti, selain rangkaian barangan kulit mewah menerusi butik-butik kendalian sendiri di Pavilion Kuala Lumpur, Suria KLCC, The Gardens Mall, LaLaport BBCC, IOI City Mall dan The Exchange TRX.

ShareTweetPin
Previous Post

ROCKESTRA 5.0 与摇滚音乐节在 Panggung Anniversari 呈现国家摇滚音乐底蕴

Next Post

AIGNER 在吉隆坡致敬经典之作

Next Post
AIGNER Meraikan Ikon di Kuala Lumpur

AIGNER 在吉隆坡致敬经典之作

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • AIGNER 在吉隆坡致敬经典之作
  • AIGNER Meraikan Ikon di Kuala Lumpur
  • ROCKESTRA 5.0 与摇滚音乐节在 Panggung Anniversari 呈现国家摇滚音乐底蕴
  • ROCKESTRA 5.0 DAN FESTIVAL ROCK ANGKAT WARISAN MUZIK ROCK TANAH AIR DI PANGGUNG ANNIVERSARI
  • Meril Melancarkan Akademi Pertamanya di Malaysia, Mengukuhkan Rangkaian Pendidikan Global
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist