
Saya meluangkan masa menziarahi Mursyidul Am PAS, Ustaz Dato’ Hashim Jasin yang sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang. Di antara hak yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim itu adalah menziarahi saudaranya yang sakit. Kesihatan adalah nikmat yang sering kita lupa… sehingga ia diuji. Sama-sama kita doakan agar Ustaz Dato’ Hashim Jasin diberikan kesembuhan yang sebaik-baiknya, diangkat segala kesakitan, dan dikurniakan kekuatan oleh Allah Subhanahu wa-Ta’ala. Semoga setiap kesakitan menjadi penghapus dosa dan pengangkat darjat di sisi-Nya.
Ya Allah yang Maha Agung, Tuhan Pemilik Arasy yang megah, kurniakan kesembuhan kepada beliau



