SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Hiburan

RAHIMAH RAHIM PENYANYI MELAYU KEDUA TERIMA ANUGERAH PINGAT BUDAYA

RAHIMAH RAHIM PENYANYI MELAYU KEDUA TERIMA ANUGERAH PINGAT BUDAYA

Siti Norsyazlina by Siti Norsyazlina
December 2, 2021
in Hiburan
Reading Time: 2 mins read
A A
0
53
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Penyanyi terkenal bukan sahaja di Singapura , malah turut melebarkan sayapnya di serata dunia , Rahimah Rahim telah menerima anugerah Pingat Budaya , anugerah tertinggi yang pernah diterimanya sebagai seorang anak seni yang ditadbir Majlis Seni Kebangsaan (NAC) dan disampaikan Presiden Halimah Yacob di Istana .

Rahimah Rahim , 66 tahun , merupakan penyanyi Melayu kedua yang telah berjaya menerima Pingat Budaya setakat ini , semenjak tahun 1979 . Manakala , penyanyi Melayu pertama yang menerimanya ialah Nona Asiah pada 2016 .

Meskipun beliau menempa nama di dalam dunia nyanyian , namun Rahimah juga merupakan sebahagian daripada sejarah dunia televisyen Melayu di Singapura , dengan dramanya iaitu Pak Awang Temberang , drama televisyen Melayu Singapura Pertama yang dimainkan di Channel 5 , sekitar 55 tahun lalu .

Beliau kemudiannya menceburi dunia nyanyian seawal usia 14 tahun , yang seterusnya telah menaikkan namanya sehingga hari ini . Wanita yang lahir pada 9 Disember ini berjaya mengharumkan nama Singapura dengan memenangi peraduan KImi Koso Star di Tokyo , Jepun , pada 1974 .

Sejak itu , beliau telah menghasilkan 12 album solo dan beberapa album EP sebagai tanda kejayaan beliau di dalam dunia hiburan itu , malah turut mewakili Singapura ke beberapa pesta lagu antarabangsa serta sambutan Hari Singapura di luar negara .

Antara lagu-lagunya yang masih terkenal sehingga ke generasi kini ialah , Gadis dan Bunga, Cabaran Cinta dan Hati Yang Rapuh , sehinggakan anak-anak muda menggunakan lagu ini untuk dinyanyikan di dalam peraduan realiti atau ada juga segelintir yang membuat lagu-lagunya sebagai  ‘cover’ .

Ketika ditemui , Rahimah mengatakan menjelaskan bahawa , beliau akan mengusahakan untuk membolehkan beliau bekerjasama dengan generasi mapan yang seangkatan dengannya , mahupun dengan penyanyi-penyanyi golongan muda yang sedang mencipta nama dalam persada seni Singapura .

Bukan itu sahaja , beliau turut mengatakan akan ada projek seni yang melibatkan keluarganya , terutama cucu-cucunya yang mempunyai minat kepada dunia seni , walaupun kedua anaknya hanyalah golongan rakyat yang biasa .

“Saya lebih melihat diri saya sebagai seorang penghibur dan bukan penyanyi . Kalau ada yang boleh terlerai duka laranya dengan mendengar lagu-lagu atau gurau senda saya di pentas , itu adalah kejayaan manis buat saya .

“Menerima anugerah ini sendiri membuatkan saya teringatkan arwah ibu dan ayah saya yang menyisipkan dalam diri saya nilai-nilai seorang anak seni yang disiplin , komited , miliki nyala rasa dan menyampaikan kerja seninya ikhlas dari hati tanpa mudah mengeluh atau rasa putus asa .” jelasnya .

Selain Rahimah , penulis novel yang menulis berkenaan sejarah Singapura , Encik Chia Joo Ming , 62 tahun , turut menerima anugerah yang berprestij ini .

Turut disampaikan anugerah-anugerah lain di Istana , antaranya ialah Anugerah Seniman Muda yang diberikan kepada enam penggiat seni muda , terdiri  daripada seniman tari Norhaizad Adam , 34 tahun ; penggubah lagu Charlie Lim , 33 tahun ; pemuzik ‘Carnatic’ (sistem muzik India Selatan) , Chitra Poornima Sathish , 35 tahun ; penggiat teater Han Xuemei , 34 tahun ; serta pengarah dan penulis naskhah filem , Yeo Siew Hua , 36 tahun .

Pencapaian penerima kedua anugerah ini turut diulas oleh Presiden Halimah , yang memberi pujian kepada penerima kerana sumbangan yang tidak ternilai mereka kepada dunia seni Singapura .

“Pingat Budaya dan Anugerah Seniman Muda meraikan puncak kesenian dan kreativiti baru yang akan mencetus inspirasi bagi kemungkinan akan datang dalam persada seni .

“Penerima tahun ini telah meneroka bentuk luahan artistik yang asli dengan kerja seni mereka meninggalkan impak berpanjangan terhadap masyarakat . Saya berharap pencapaian mereka akan menggalak lebih ramai seniman tunas harapan agar mengejar impian mereka. Tahniah buat semua penerima anugerah !” katanya .

Pingat Budaya merupakan satu pengiktirafan tertinggi yang diberikan oleh Singapura bagi mengakui pencapaian cemerlang seorang aktivis , individu atau tokoh dalam bidang seni dan budaya tempatan . Anugerah ini disampaikan sendiri oleh Presiden Singapura kepada penerimanya .

Bagi pemegang Pingat Budaya ini akan menerima piala dan geran berjumlah S$80,000 daripada Dana Pingat Budaya untuk menjalankan projek-projek seninya .

ShareTweetPin
Previous Post

PEMBINAAN MASJID TIGA DAERAH DISEGERAKAN UNTUK KESELESAAN JEMAAH

Next Post

PROGRAM JELAJAH PROGRAM PEMERKASA USAHAWAN DIGITAL MEMBANTU USAHAWAN BERNIAGA ATAS TALIAN

Next Post

PROGRAM JELAJAH PROGRAM PEMERKASA USAHAWAN DIGITAL MEMBANTU USAHAWAN BERNIAGA ATAS TALIAN

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • BEST OF ASEAN PERFORMING ARTS (BOAPA) 2025 CELEBRATES ASEAN YOUTH TALENT AND CULTURAL UNITY
  • KBS KOMITED MENANGANI ISU KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN BELIA MENERUSI PROJEK DENGAR RAKAN MUDA
  • KEJOHANAN KBS MASTERS GAMES 2025 6000 PESERTA ANTARA BERUMUR 40- 60 TAHUN
  • Syria Care Sasar Menghantar 2 Kontena Pakaian Musim Sejuk ke Syria Tahun Ini
  • ASEAN Film & TV Summit 2025 – Siri 2
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist