SHAH ALAM: Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal negeri, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata pembinaan tiga (3) masjid di tiga (3) daerah akan disegerakan demi keselamatan dan keselesaan para jemaah.
Jelas beliau, pembinaan masjid yang disegerakan tersebut antaranya meliputi Masjid Kota Damansara 2, Masjid Al-Ehsan Kampung Tok Muda, Klang serta Masjid Kampung Sungai Serai 13, Hulu Langat.
Ketiga-tiga masjid tersebut yang menjadi tumpuan utama adalah disebabkan sering berlakunya musibah seperti banjir hingga merosakkan perkakas elektrik dan permaidani.
“Mudah-mudahan pembinaan ini dapat memenuhi keperluan penduduk seterusnya memberi keselesaan untuk beribadah,” katanya.
Zawawi Ahmad Mughni yang juga merupakan Ahli Dewan Negeri Sungai Kandis turut berharap agar lebih banyakj masjid dibina dalam belanjawan yang akan datang bagi memenuhi keperluan penduduk terutamanya penduduk beragama Islam.
Terdahulu, YAB Dato’ Menteri Besar SELANGOR, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari berkata, Kerajaan Negeri akan menyempurnakan pembinaan tiga buah masjid berkenaan melalui Belanjawan #Selangor2022.