SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info Cuaca@swatv

BAHASA KEBANGSAAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

BAHASA KEBANGSAAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

SWA TV by SWA TV
November 26, 2024
in Info Cuaca@swatv
Reading Time: 1 min read
A A
0
105
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyokong sepenuhnya tindakan penguatkuasaan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap pemilik premis yang mempamerkan iklan tanpa lesen yang sah serta tidak mengutamakan bahasa kebangsaan pada papan tanda iklan. Seperti yang termaktub dalam Undang-undang Kecil Iklan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1982, semua iklan hendaklah dalam bahasa kebangsaan dan
penggunaan bahasa asing dalam satu papan tanda atau iklan yang sama tidak dilarang sama sekali. Walau bagaimanapun, perkataan dalam bahasa kebangsaan hendaklah diberikan keutamaan dari segi saiz dan kedudukan.

Pemilik premis pastinya mengambil maklum akan undang-undang tersebut apabila memperbaharui lesen
perniagaan pada setiap tahun. Amat mendukacitakan apabila pelanggaran terhadap undang-undang ini dibuat secara terang-terangan dengan pelbagai alasan, malahan terdapat segelintir pemilik premis berani menaikkan iklan yang tidak langsung menggunakan bahasa kebangsaan dan beroperasi tanpa lesen yang sah.

 

Sebagai warga yang bertanggungjawab, kita seharusnya menghormati dan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan. Tindakan ini selaras dengan salah satu prinsip Rukun Negara, iaitu Kedaulatan Undang-undang. Kegagalan untuk mematuhi peraturan ini bukan sahaja mencabuli undang-undang, tetapi juga menunjukkan pengabaian terhadap tanggungjawab kita sebagai rakyat. Dalam konteks kepelbagaian budaya di Malaysia, pematuhan undang-undang memainkan peranan penting dalam memastikan perpaduan dan keharmonian antara kaum di negara ini.

DBP bersedia bekerjasama dengan peniaga untuk memastikan iklan mereka mematuhi peraturan ini. DBP juga sentiasa bersedia memberikan panduan dan sokongan kepada peniaga dalam proses ini melalui perkhidmatan pengesahan penggunaan bahasa kebangsaan pada paparan iklan (papan iklan luar, papan premis, iklan tiang, gegantung, pelabelan, iklan badan kenderaan, risalah dan poster) yang boleh dicapai secara dalam talian melalui Sistem DBP Sah Bahasa (dbpsahbahasa.my) dan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka (KNDBP).

ShareTweetPin
Previous Post

MAJLIS KEBUDAYAAN NEGARA (MAKEN)

Next Post

PM menyantuni industeri seni dengan menonton “Sirih Bertepuk Pinang Menari”anjuran Motac ( JKKN) dan Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Next Post

PM menyantuni industeri seni dengan menonton "Sirih Bertepuk Pinang Menari"anjuran Motac ( JKKN) dan Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • BEST OF ASEAN PERFORMING ARTS (BOAPA) 2025 CELEBRATES ASEAN YOUTH TALENT AND CULTURAL UNITY
  • KBS KOMITED MENANGANI ISU KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN BELIA MENERUSI PROJEK DENGAR RAKAN MUDA
  • KEJOHANAN KBS MASTERS GAMES 2025 6000 PESERTA ANTARA BERUMUR 40- 60 TAHUN
  • Syria Care Sasar Menghantar 2 Kontena Pakaian Musim Sejuk ke Syria Tahun Ini
  • ASEAN Film & TV Summit 2025 – Siri 2
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist