SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info Cuaca@swatv

MAJLIS KEBUDAYAAN NEGARA (MAKEN)

MAJLIS KEBUDAYAAN NEGARA (MAKEN)

SWA TV by SWA TV
November 23, 2024
in Info Cuaca@swatv, Info@swatv
Reading Time: 2 mins read
A A
0
282
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah melantik seramai 11 individu untuk menggangotai
Majlis Kebudayaan Negara (MAKEN) bagi sesi 2025-2027. Mereka terdiri daripada kalangan ilmuan, budayawan, penggiat dan pentadbir seni budaya yang berpengalaman luas yang telah menunjukkan ketokohan besar dalam menerajui bidang seni, budaya dan warisan negara.

MAKEN merupakan badan bebas yang berperanan untuk memberi khidmat nasihat, pandangan dan cadangan kepada Kerajaan berhubung dengan pembangunan, kemajuan serta pemerkasaan dasar berkaitan hal ehwal seni, budaya dan warisan. Majlis ini diwujudkan sebagai platform tertinggi bagi membincangkan isu-isu dan memperkasakan aspek pengurusan sektor kebudayaan dan kesenian negara.

Antara fungsi-fungsi MAKEN adalah:
• memberi khidmat nasihat secara perundingan dan
perbincangan bersama MOTAC berkenaan kebudayaan
termasuk perkembangannya di peringkat antarabangsa;

• mengemukakan pandangan dalam urusan penambahbaikan
berhubung pelaksanaan program kebudayaan agar selari
dengan Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN); dan

• memberi cadangan dan syor berkenaan idea baharu
berhubung hala tuju sektor kebudayaan.

 

MAKEN diharap dapat membantu Kerajaan dalam menambah baik aspek pengurusan, tadbir urus dan penetapan kandungan kebudayaan yang juga melibatkan industri kreatif negara. Majlis Penyampaian Pelantikan Watikah telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Wira Roslan bin Abdul Rahman, Ketua Setiausaha Kementerian
Pelancongan, Seni dan Budaya di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Harapan Kementerian, ahli-ahli MAKEN yang dilantik dapat membantu mengemukakan pandangan yang selari dengan DAKEN 2021 ke arah merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah “Negara Maju Rakyat Berbudaya” serta dapat melestarikan agenda pemeliharaan, pemuliharaan dan perlindungan seni, budaya dan warisan negara.

 

SENARAI AHLI MAJLIS KEBUDAYAAN NEGARA (MAKEN) SESI 2025-2027
1. YBhg. Tan Sri Hajah Norliza Rofli (Pengerusi)
2. YBrs. Cik Low Ngai Yuen (Timbalan Pengerusi)
3. YBhg. Datuk Dr. Lim Swee Tin
4. YBhg. Dato’ Goh Hin San
5. YBrs. Prof. Dr. Solehah binti Ishak
6. YBrs. Encik Jared bin Abdul Rahman
7. YBrs. Dr. Juli a/l Edo
8. YBrs. Encik Nik Mohd Faiz bin Nik Mohamed Amin
9. YBrs. Encik Prof. Madya Dr. Chang Peng Kee
10. Ybhg. Datu Dr. Rashidah binti Bolhassan
11. YBhg. Datu Ik Pahon Joyik

Dikeluarkan oleh:
Unit Komunikasi Korporat
KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA (MOTAC)  pada  (21 November 2024)

ShareTweetPin
Previous Post

ANUGERAH SENI NEGARA 2024 MEMARTABATKAN WARISAN SENI BUDAYA MALAYSIA

Next Post

BAHASA KEBANGSAAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Next Post

BAHASA KEBANGSAAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • BENGKEL KREATIF OKU VOCAL DAN LAKONAN ASA( DRAMA RADIO) E-BRILLE UNTUK OKU BUTA
  • KEMERIAHAN SAMBUTAN HARI WILAYAH PERSEKUTAN BERSAMA MENYANTUI WARGA SETEMPAT
  • JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN DAN PEKESO MEMERIAHKAN HARI WILAYAH 2026
  • JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN DAN PEKESO MEMERIAHKAN HARI WILAYAH 2026
  • 打破垄断集团 政府采购中的投标欺诈
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist