SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

PM menyantuni industeri seni dengan menonton “Sirih Bertepuk Pinang Menari”anjuran Motac ( JKKN) dan Dewan Bahasa Dan Pustaka.

PM menyantuni industeri seni dengan menonton "Sirih Bertepuk Pinang Menari" anjuran Motac (jkkn) dan Dewan Bahasa dan Pustaka

SWA TV by SWA TV
December 3, 2024
in Info@swatv
Reading Time: 2 mins read
A A
0
61
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah menyantuni  industeri  seni dengan meluangkan masa menonton pementasan teater “Sirih Bertepuk Pinang Menari” di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) .

Perdana Menteri diiringi Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Pelancongan, Seni dan dan Budaya (MOTAC), Datuk Shaharuddin Abu Sohot; Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN); Mohd Amran Mohd Haris dan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Sasterawan Negara Datuk Dr Anwar Ridhwan.

Pementasan teater hasil naskhah karya Sasterawan Negara Datuk Noordin Hassan itu adalah di bawah Siri Karya Seni dan Sastera Negara 2024 JKKN, yang bertujuan memartabatkan seni, budaya, bahasa dan sastera kebangsaan.

Selain itu, objektif utama program adalah untuk menyemarakkan karya seni, sastera, teater warisan dan karya agung serta memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Pementasan itu bagi memperkenalkan semula naskhah “Sirih Bertepuk Pinang Menari” untuk tontonan generasi muda, dalam bentuk yang berbeza.

Teater arahan Dr Marlenny Deenerwan itu diadakan selama tiga hari , yang menghimpunkan 22 pelakon, terdiri daripada pelakon lama dan baharu, antaranya Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Jay Iswazir, Akmal Ahmad, Farhana Fahizam, Eliza Mustafa, Azman Hassan, Haf Dzi Sofi dan Shasha Fairus.

Sementara itu, Encik Mohd Amran selaku  Ketua Pengarah JKKN amat berterima kasih kepada Perdana Menteri yang meluluskan dana untuk pementasan karya seni dan sastera negara di JKKN seluruh negara.

Katanya, pementasan karya agung akan memartabatkan seni, budaya, bahasa dan sastera kebangsaan, selain memberi peluang kepada JKKN dan badan bukan kerajaan (NGO) seni budaya untuk mengetengahkan karya seni negara, mempergiat persembahan teater warisan serta memupuk minat membaca karya agung dalam kalangan generasi muda.

“JKKN akan terus memberi sokongan kepada penggiat seni, terutama dalam mengangkat naskhah agung melalui platform seni dan budaya,” katanya.

 

Terima Kasih Gambar daripada Jkkn ( Encik Asyraf Rezali )

ShareTweetPin
Previous Post

BAHASA KEBANGSAAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Next Post

PENGIKTIRAFAN BUDAYA SARAPAN DI MALAYSIA BAWAH KATEGORI REPRESENTATIVE LIST OF THE INTANGIBLE CULTURAL HERITAGE OF HUMANITY

Next Post
PENGIKTIRAFAN BUDAYA SARAPAN DI MALAYSIA BAWAH KATEGORI REPRESENTATIVE LIST OF THE INTANGIBLE CULTURAL HERITAGE OF HUMANITY

PENGIKTIRAFAN BUDAYA SARAPAN DI MALAYSIA BAWAH KATEGORI REPRESENTATIVE LIST OF THE INTANGIBLE CULTURAL HERITAGE OF HUMANITY

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • 海南旅游文化推广交流活动(吉隆坡) (新闻通稿)
  • Hainan Tourism and Culture Promotion Event Successfully Held in Kuala Lumpur, Ushering in a New Chapter of Bilateral Cooperation
  • PRODUK TERBAHARU TEKNOLOGI B.A.S.E. INOVASI & TEKNOLOGI TEMPATAN MENINGKATKAN PENGELUARAN PADI NEGARA
  • FELDA SERAH PELAN STRATEGIK DAN HALA TUJU KUMPULAN FELDA 2025-2030
  • CORETAN MENARIK DARI TIMBALAN MENTERI AGAMA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist