SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

ANUGERAH SENI NEGARA 2024 MEMARTABATKAN WARISAN SENI BUDAYA MALAYSIA

ANUGERAH SENI NEGARA 2024 MEMARTABATKAN WARISAN SENI BUDAYA MALAYSIA

SWA TV by SWA TV
November 18, 2024
in Info@swatv
Reading Time: 3 mins read
A A
0
122
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Majlis Anugerah Seni Negara (ASN) 2024 berlangsung dengan penuh gilang-gemilang meraikan
para pemenang anugerah dengan memberi penghormatan tertinggi kepada penggiat seni tanah air
yang memberikan sumbangan besar dalam industri seni budaya Malaysia.

Majlis ini disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja
Zarith Sofiah dan turut dihadiri oleh penggiat seni tanah air bertempat di Hotel Majestic Kuala Lumpur.
ASN yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sejak 1993, bertujuan mengiktiraf kecemerlangan penggiat seni tempatan dalam pelbagai cabang seperti muzik, tari, lakon, kraf dan seni visual. Tahun ini, ASN 2024 menampilkan empat (4) kategori utama iaitu Anugerah Seniman Negara, Anugerah Khas ASN 2024: Biduan Negara, Anugerah Karyawan Seni dan Anugerah

Pendukung Seni. Penerima anugerah Seniman Negara 2024 ini membawa pulang wang tunai, trofi, sijil penghargaan dan sepersalinan pakaian songket. Majlis ini menyaksikan penerima Anugerah Seniman Negara
2024 telah dianugerahkan kepada YBhg. Dato’ Mohd Nor bin Khalid (Lat), seorang tokoh terkemuka dalam bidang seni visual yang telah memperlihatkan ketokohan dan sumbangan luar biasa dalam seni Malaysia.
Penerima Anugerah Khas ASN 2024: Biduanita Negara pula ialah YBhg. Dato’ Sri Hajah Siti Nurhaliza binti Tarudin yang bukan sahaja berbakat dalam seni suara tetapi turut mempromosikan muzik Malaysia di peringkat antarabangsa.

ASN 2024 turut menyaksikan pengiktirafan kepada lima (5) pengkarya dalam kategori Anugerah Karyawan Seni bagi bidang Muzik, Tari, Lakon (Pementasan), Kraf dan Seni Visual. Penerima Anugerah Karyawan Seni dianugerahkan kepada lima (5) penerima iaitu YBhg. Datuk Mokhzani bin Ismail (bidang Seni Muzik), Encik Zakaria bin Ariffin (bidang Seni Lakon – Pementasan), Encik Wong Kit Yaw (bidang Seni Tari), Puan Bangie Anak Embol (bidang Seni Kraf) dan Encik Wong Hoy Cheong (bidang Seni Visual).

Bagi merakamkan penghargaan kepada pemegang taruh yang menyemarakkan sektor kebudayaan, ASN 2024 turut menyediakan tiga (3) lagi kategori Anugerah Pendukung Seni iaitu Media, Korporat dan NGO atas sokongan mereka terhadap seni budaya tempatan. Penerima-penerima Anugerah Pendukung Seni adalah Radio Televisyen Malaysia (RTM) (kategori Media), Yayasan Hasanah (kategori Korporat) dan The Temple of Fine Arts Malaysia bagi kategori Badan Bukan Kerajaan (NGO

Satu tayangan video khas telah disediakan memaparkan kisah perjalanan hidup penerima anugerah yang penuh
inspirasi serta persembahan istimewa daripada Istana Budaya. ASN 2024 bukan sekadar anugerah tapi sebagai
platform yang mengangkat seni budaya negara ke tahap lebih tinggi.

MOTAC berharap pengiktirafan ini dapat mendorong generasi muda untuk terus menceburkan diri untuk
memajukan seni budaya Malaysia dan menyumbang kepada negara sekaligus memartabatkan nama Malaysia
di mata dunia.

ShareTweetPin
Previous Post

Persidangan Kembara Kajian Dunia 2024: Malaysia Hos Persidangan Pertama di Luar China untuk Mempromosikan Pelancongan Lestari dan Berpendidikan

Next Post

MAJLIS KEBUDAYAAN NEGARA (MAKEN)

Next Post

MAJLIS KEBUDAYAAN NEGARA (MAKEN)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • JEJAK SENI BUDAYA MALAYSIA MADANI 2025 BAKAL GEGAR DATARAN KERIS, ALOR GAJAH MELAKA
  • MOTAC AMBIK KIRA TEGURAN PMX
  • RM1 JUTA MENANTI FILEM TERBAIK FFM34
  • MISS M WORLD & M UNIVERSE 2025 × LnR EMPIR
  • HORMATI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, LARANGAN MENGHIDANGKAN ARAK DALAM MAJLIS RASMI BAGI MENJAGA MARUAH ISLAM DAN IDENTITI NEGARA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist