SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

ASEAN TVET FRIENDLY MATCH 2025 INDUSTRI PEMBINAAN JULUNG-JULUNG KALINYA DI ADAKAN DI MALAYSIA

ASEAN TVET FRIENDLY MATCH 2025 INDUSTRI PEMBINAAN JULUNG-JULUNG KALINYA DI ADAKAN DI MALAYSIA

SWA TV by SWA TV
June 25, 2025
in Info@swatv
Reading Time: 2 mins read
A A
0
22
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kerja Raya, Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini telah merasmikan ASEAN TVET FRIENDLY MATCH 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur. Pertandingan ini yang julungjulung kali diadakan di Malaysia terutama dalam bidang pembinaan merupakan
pertandingan peringkat ASEAN yang turut melibatkan rakan strategik sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuhkan kerjasama dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

. ASEAN TVET Friendly Match 2025 dianjurkan bersempena Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bertujuan memupuk ekosistem TVET yang mampan dan inklusif melalui pendedahan peserta kepada Piawaian Pekerjaan WorldSkills (WSOS). Pertandingan ini juga berfungsi sebagai simulasi kepada acara WorldSkills ASEAN ke-14 yang akan diadakan di Manila dan WorldSkills Asia ke-3 di Taipei.

Penganjuran ini adalah hasil kerjasama strategik antara Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang menyaksikan penyertaan 40 peserta belia dari 12 negara, terdiri daripada negara ASEAN dan jemputan khas dari Asia, dalam 9 bidang kemahiran utama seperti kerja bata, pendawaian elektrik, pembuatan kabinet dan kejuruteraan CAD.

Malaysia sebagai negara tuan rumah akan diwakili oleh 20 peserta muda berkemahiran tinggi daripada institusi TVET seperti Kolej Vokasional, ILP, Kolej Komuniti dan Akademi Binaan Malaysia. Antaranya ialah Misto Mikin (Kerja Bata), Muhammad Haziq Bin Lailla Zamri (Pendawaian Elektrik), serta Khairul Idham Bin Bahari dan Mohamad Ikbal Bin Maznan (Pertukangan Kabinet).

. Pertandingan ini berlangsung dari 24 hingga 26 Jun 2025 di empat lokasi utama:
• ABM Wilayah Tengah – Kerja Bata, Pendawaian Elektrik, Paip & Pemanasan, Penyejukan & Penyaman Udara
• Pusat Latihan FITEC – Pertukangan Kayu dan Pembuatan Kabinet

• CIDB Technologies – Kimpalan
• Pusat MYBIM – Pembinaan Digital dan Kejuruteraan CAD Mekanikal

Sehubungan dengan itu juga, Malaysia telah melakar sejarah sebagai negara ASEAN pertama yang menyelaras sistem pengakreditasian TVET di peringkat serantau, selaras dengan usaha memperkukuh ekosistem kemahiran TVET yang diiktiraf bersama yang berorientasikan industri. Penyelarasan ini seiring dengan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, bertemakan “Inklusiviti dan Kelestarian”, iaitu kali kelima Malaysia menerajui kepimpinan serantau selepas tahun 1977, 1997, 2005 dan 2015.

KKR turut menyeru semua agensi dan rakan strategik untuk terus memperkukuhkan kerjasama dalam memperkasa TVET sebagai pemacu kemajuan ekonomi negara dan pembangunan modal insan yang berkemahiran tinggi, berilmu dan berdaya-saing. Pendekatan ini sejajar dengan prinsip MADANI DAYACIPTA,
yang menekankan penciptaan nilai melalui inovasi, daya saing, dan pembangunan berterusan dalam ekosistem pendidikan kemahiran negara.

ShareTweetPin
Previous Post

罗叻(Trolak)小镇到布拉格(Prague)”:祝贺、感谢和高度赞扬

Next Post

Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing” Memacu Gelombang Baharu Pelancongan Gaya Hidup Sihat Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026

Next Post
Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing” Memacu Gelombang Baharu Pelancongan Gaya Hidup Sihat Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026

Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing” Memacu Gelombang Baharu Pelancongan Gaya Hidup Sihat Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • JKKN 数字门户网站正式上线 “将国家文化艺术带入数字时代”
  • PELANCARAN PORTAL DIGITAL JKKN “MELONJAKKAN SENI BUDAYA NEGARA KE ERA DIGITAL”
  • Malaysia and Bangladesh to cooperate on investigation of suspected Bangladeshi nationals over militancy
  • PENGIKTIRAFAN FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM) FOREST PARK SELANGOR (FPS) SEBAGAI TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO
  • LAWATAN KE WARISAN KUALA LUMPUR ANJURAN CATS
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist