KUALA LUMPUR, 24 Jun 2025 – Menjelang ketibaan Tahun Melawat Malaysia 2026, Spritzer, jenama air mineral semula jadi yang paling dipercayai di Malaysia, secara rasmi melancarkan kempen berskala nasional bertemakan “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”, dalam satu majlis pelancaran media yang diadakan di C Space, Pasar Seni, Kuala Lumpur. Majlis ini turut disempurnakan oleh YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.
Berteraskan konsep “healing”, kempen ini menggalakkan orang ramai untuk kembali mendekati alam semula jadi, meneroka keindahan budaya, dan menemui semula keseimbangan serta gaya hidup yang lebih sihat melalui pelancongan domestik. Sepanjang Jun hingga Julai 2025, “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing” akan menampilkan rancangan kembara 6 episod, seni interaktif, media sosial dan pemasaran kandungan, menginspirasi gerakan nasional ke arah pelancongan healing dan lestari, sambil mengukuhkan Spritzer sebagai peneman terbaik yang menghidrasi dengan mineral semula jadi yang menyegarkan.
Tema Healing: “Jom Healing – Kembali Mendekati. Secara Semula Jadi.”
Sejajar dengan landskap gaya hidup masa kini, istilah “healing” semakin menjadi sebutan dalam kalangan generasi muda Malaysia, melambangkan keperluan untuk berehat seketika daripada tekanan harian menerusi percutian singkat yang memulihkan emosi, memberikan ketenangan jiwa dan semangat. Menyedari perkembangan ini, Spritzer memperkenalkan kempen “Jom Healing”, menyeru rakyat Malaysia untuk kembali mendekati alam sambil mengekalkan kesihatan dan hidrasi dengan air mineral semula jadi Spritzer.
Kempen ini turut mengetengahkan pelancongan secara lebih bertanggungjawab dengan menggalakkan eksplorasi domestik yang bersifat lestari. Menerusi kandungan video dan pengaruh media sosial, Spritzer ingin menyemai kesedaran agar masyarakat mencintai khazanah alam, warisan serta budaya tempatan, sambil memelihara keindahan tersebut melalui amalan kitar semula dan pemeliharaan alam sekitar.