KUALA LUMPUR, 13 NOVEMBER 2021: Syarikat milik penuh bumiputera Figura (M) Sdn. Bhd., (Figura International) pengeluar produk kesihatan melancarkan dua (2) produk kesihatan seisi keluarga iaitu Figura dan Figura Coffee Latte di Hotel Flamingo, Ampang, Kuala Lumpur pada 13 November 2021.
Figura Coffee Latte adalah gabungan herba alami seperti ekstrak Sacha Inchi, kunyit hitam, ekstrak maca, garam bukit dan stevia.
Dalam pada itu, kajian yang telah dijalankan terbukti bahan utama yang digunakan dalam kopi tersebut iaitu Sacha Inchi mengandungi kandungan antioksida yang tinggi iaitu Omega 3,6,9, serta Vitamin A dan E.
Manakala Figura pula adalah satu produk kesihatan dan kecantikan yang berasaskan buah-buahan tempatan dan import.
Salah satu produk terbaru iaitu Figura
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Figura International, Mohd. Hafiz Mohd. Khalid, syarikat yang bermula pada tahun 2018 itu kini mengorak langkah sebagai jenama global dalam industri networking melalui platform produk pemakanan kesihatan dan kecantikan.
Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Hafiz Mohd Khalid
“Figura International komited untuk muncul sebagai lima (5) pemain utama dalam industri menjelang 2025.”
“Pendekatan networking secara dalam talian yang kami dedahkan kepada agen-agen Figura juga sejajar dengan usaha kerajaan untuk menggalakkan para usahawan menggunakan platform digital, supaya lebih berjaya dalam perniagaan,” tambah beliau lagi.
Bagi merealisasikan matlamat itu, Figura International menjalinkan kerjasama akademik dengan tiga (3) pakar penyelidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) bagi menghasilkan produk yang berkualiti tinggi berbanding dengan harga yang ditawarkan.
Mereka adalah Profesor Emiretus Fakulti Sains dan Teknologi UKM, Dato’ Dr. Abdul Latiff Mohamad dan Profesor Dr. Hajah Wan Aida Wan Mustafa selaku Ketua Kluster Penyelidikan Makanan Fungsian, Fakulti Sains dan Teknologi UKM.
Dato’ Dr. Abdul Latiff (kiri) dan Profesor Dr. Hajah Wan Aida (kanan) ketika berucap pada program pelancaran
“Hasil penyelidikan kedua-dua pakar ini mengesahkan antioksida yang terkandung dalam Figura adalah tujuh kali lebih tinggi daripada vitamin C,” jelas Mohd. Hafiz.
Mengulas lanjut, antioksida yang tinggi amat penting untuk meningkatkan imunisasi dalam badan sekali gus dapat mengawal atau mencegah pelbagai serangan penyakit.
Sementara itu, Profesor Dr. Noor Hassim Ismail dari HUKM pula menjadi pakar penyelidik ketiga (3) yang bersama Figura International. Kajian beliau turut mengesahkan Sacha Inchi sebagai bahan utama mampu meningkatkan kesihatan ke tahap yang lebih baik.
Sekitar berlangsung program pelancaran dua (2) produk baharu
Hasil kerjasama tersebut juga telah mencatatkan sejarah yang tersendiri, iaitu Figura International menjadi syarikat networking yang pertama di Malaysia yang mempunyai tiga (3) pakar perunding dan penyelidikan dari UKM dan HUKM.
Figura International mahu berkongsi keistimewaan produk yang dihasilkan bersama seluruh rakyat Malaysia dengan tanpa mengetepikan produk berkualiti dan halal.