Kementeruan Pendidikan Malaysia (KPM) merujuk kepada pengumuman YB Menteri Kanan Pertahanan pada 5 November 2021 berkaitan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi negeri Kedah, Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Sabah yang berkuatkuasa pada 8 November 2021.
Sehubungan dengan itu, pengoperasian Institusi Pendidikan bawah KPM mengikut ketetapan pengoperasian Fasa 4 PPN memperlihatkan negeri kedah akan mula beroperasi pada 21 November 2021. Manakala bagi negeri Perak, Perlis, Pulau Pinang serta Sabah akan mula beroperasi pada 22 November 2021.
Pengoperasian ini akan melibatkan murid Tahun 1 hingga Tahun 6 di sekolah rendah serta kelas peralihan dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 di sekolah menengah.
Dalam pada itu, Institusi Pendidikan bawah KPM ini juga turut merujuk kepada Institusi Pendidikan Swasta yang berdaftar bawah KPM bagi kategori sekolah dan kategori pusat.
Walau bagaimanapun, KPM juga menyarankan agar ketetapan ini turut terpakai di semua Institusi Pendidikan yang tidak bedaftar dengan KPM, termasuk Institusi Pendidikan bawaj kerajaan negeri.