KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan lelaki negara yang mula mencipta nama di dunia badminton bukan sahaja di Malaysia , malah di peringkat antarabangsa , Lee Zii Jia memberi khabar baik apabila mengatakan kecederaan yang dialami oleh tubuh belakangnya ketika aksi final Terbuka Hylo di Jerman semakin membaik , awal pagi tadi .
Meskipun keadaan dirinya sudah beransur pulih , namun beliau perlu meneliti semula penyertaannya dalam kejohanan badminton yang akan datang . Malah dengan keadaan fizikal dirinya yang sekarang , Lee Zii Jia tidak mempunyai pilihan lain selain menarik diri daripada menentang Loh Kean Yew dari Singapura .
Menerusi siaran Facebook di akaun rasmi miliknya , Lee Zii Jia telah menulis permohonan maaf kepada rakyat Malaysia kerana tidak berjaya mencapai apa yang diharapkan oleh mereka .
“Saya sentiasa percaya mampu melakukan yang lebih baik, tetapi saya memohon maaf ia berakhir dengan cara seperti ini.”
Beliau juga menunjukkan rasa terima kasihnya kepada rakyat Malaysia yang masih teguh memberikan kata semangat kepadanya , meskipun telah menghampakan mereka .
“Terima kasih di atas sokongan anda semua. Saya harap boleh meneruskan pengembaraan saya dengan melakukan yang terbaik,” jelasnya .
Pada aksi di Saarlandhalle Saarbrucken itu , Lee Zii Jia terpaksa menarik diri di set ketiga ketika dia ketinggalan 12-17 selepas dilaporkan mengalami kecederaan belakang . – HARIAN METRO