SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

PPIM DEDAH PUSAT PENYEMBELIHAN DI AUSTRALIA TIDAK IKUT CARA ISLAM

PPIM DEDAH PUSAT PENYEMBELIHAN DI AUSTRALIA TIDAK IKUT CARA ISLAM

Asraf Zin by Asraf Zin
May 10, 2022
in Info@swatv
Reading Time: 2 mins read
A A
0
328
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Isu pusat penyembelihan di Australia yang menimbulkan keraguan ramai pihak, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas) dan Sahaba 99 hari ini (10 Mei) mengadakan sidang media mendedahkan tatacara penyembelihan yang dilakukan tidak mengikuti cara Islam.

Ketua Aktivitis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya telah menerima banyak aduan berkaitan pelanggaran protokol penyembelihan yang digariskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Datuk Nadzim pada masa sama turut menggesa pihak JAKIM agar menyediakan satu sistem yang lengkap mengenai pusat penyembelih agar tidak menimbulkan keraguan dalam kalangan pengguna.

“Kita harap pihak JAKIM menyediakan satu sistem untuk rujukan pengguna. Kita mahukan laluan yang jelas seperti imbas qr code dan di situ kita boleh lihat siapa penyembelihnya dan sebagainya.

“Ini sistem simple. Saya tidak pasti kenapa JAKIM tidak meneliti cadangan yang ada,” katanya ketika sidang media.

Sidang media yang diadakan dihadiri oleh Presiden Pekemas, Faizan Mohd Noor (kanan), Ketua Aktivitis PPIM, Datuk Nadzim (tengah) serta aktivis PPIM, Vince Focarelli (kiri)

Dalam sidang media sama, Datuk Nadzim turut menggesa agar siasatan menyeluruh dilakukan dengan kadar segera oleh pihak berautoriti termasuk JAKIM, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis serta merombak struktur organisasi bahagian halal terutama jawatan panas.

“Kita sudah merdeka lebih 60 tahun, takkan kita nak tengok isu seperti ini berlaku setiap tahun. PPIM menerima banyak aduan mengenai isu ini, sebelum ini kartel daging, kali ini pusat sembelihan pula,” tambahnya.

Sementara itu, Faizan Mohd Noor, Presiden Pekemas, mendedahkan terdapat dua (2) keadaan yang meyakinkan bahawa tatacara penyembelihan yang dilakukan sama sekali tidak mengikut cara Islam.

“Binatang tersebut tidak mati disebabkan oleh penyembelihan. Malah ia mati disebabkan lemas dalam gumpalan darah.

“Yang kedua, kawasan penyembelihan tersebut agak terbuka. Di situ terdapat anjing liar dan terdapat haiwan-haiwan sembelihan tersebut telah mati disebabkan digigit anjing liar,” katanya pada sidang media.

Pada 14 April lalu, Jakim dalam satu kenyataan berhubung isu berkenaan berkata, pihaknya sudah meminta penjelasan daripada Supreme Islamic Council of Halal Meat In Australia Inc (SICHMA) dan mendapati pusat sembelihan berkenaan mematuhi keperluan standard penyembelihan halal di negara ini.

SICHMA kemudiannya memberikan penjelasan dan menafikan dakwaan ketidakupayaan organisasi itu dalam membuat pengesahan halal ke atas rumah sembelihan di bawah seliaan mereka.

ShareTweetPin
Previous Post

KEADAAN KESIHATAN HAMID GURKHA MASIH BAIK WALAUPUN KIAN UZUR

Next Post

MONSUN BARAT DAYA DIJANGKA BERTERUSAN SEHINGGA SEPTEMBER 2022

Next Post

MONSUN BARAT DAYA DIJANGKA BERTERUSAN SEHINGGA SEPTEMBER 2022

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • 这项计划在吉隆坡惠及了首批600名受益者,并得到了全国“Riang Ria Hari Sekolah”活动的支持。
  • YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN & ECO-SHOP SOKONG PELAJAR DENGAN BANTUAN KEMBALI KE SEKOLAH BERNILAI RM120,000
  • SEMARAK SENI 活动日历启动仪式 @ PANGGUNG 2026 周年纪念“过去、现在和永远”
  • MAJLIS PELANCARAN KALENDAR ACARA SEMARAK SENI @ PANGGUNG ANNIVERSARI 2026 “Dulu, Kini dan Selamanya”
  • MAJLIS PELANCARAN KALENDAR ACARA SEMARAK SENI @ PANGGUNG ANNIVERSARI 2026 “Dulu, Kini dan Selamanya”
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist