SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

TOL PERCUMA SELAMA TUJUH HARI DI SEMPADAN MALAYSIA-SINGAPURA BERMULA 1 APRIL

TOL PERCUMA SELAMA TUJUH HARI DI SEMPADAN MALAYSIA-SINGAPURA BERMULA 1 APRIL

Asraf Zin by Asraf Zin
March 30, 2022
in Info@swatv
Reading Time: 1 min read
A A
0
41
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk memberikan pengecualian bayaran tol di plaza-plaza tol Kompleks Imigresen, Kastam, Bnagunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Tanjung Kupang (Lebuh Raya Linkedua) sempena pembukaan semula sempadan laluan darat Malaysia-Singapura.

Pengecualian bayaran tol tersebut yang melibatkan semua kenderaan akan berlangsung selama 7 hari bermula 1 April hingga 7 April 2022.

Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob menerusi kenyataan memaklumkan pemberian pengecualian bayaran tol ini akan melibatkan perjalanan masuk dan keluar menerusi kedua-dua plaza tol yang terlibat.

“Keputusan ini turut mengambil kira penutupan sempadan Malaysia dan Singapura sejak dua tahun lalu dan bagi memastikan kelancaran lalu lintas di kedua-dua plaza tol tersebut dengan pembukaan sempadan laluan darat ini,” katanya.

Dato’ Sri Ismail Sabri berkata pengecualian ini adalah tambahan kepada pengecualian Caj Jalan (CJ) yang dikenakan kepada kenderaan persendirian pendaftaran Singapura apabila memasuki Malaysia melalui laluan darat di kedua-dua lokasi.

Dalam pada itu, beliau mengatakan pihak  PLUS menganggarkan sekurang-kurangnya 42,000 kenderaan akan memasuki Malaysia menerusi Tambak Johor dan Linkedua setiap hari.

“Keputusan pelepasan tol ini akan memanfaatkan lebih 300,000 perjalanan rentas sempadan Malaysia-Singapura bagi pemilik-pemilik kenderaan,” katanya menerusi kenyataan pada hari ini.

Katanya, PLUS dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor serta Kementerian dan agensi yang berkaitan sedang giat mengadakan persiapan terakhir bagi memastikan perjalanan yang lancar di lebuh raya.

“Ia juga termasuk persiapan di plaza tol, kawasan rehat dan semua kemudahan awam yang disediakan di Lebuhraya PLUS,” katanya.

Dato’ Sri Ismail Sabri menerusi kenyataan turut berkata Kerajaan mengalu-alukan kepulangan rakyat Malalysia di Singapura dan ketibaan rakyat Singapura ke Malaysia melalui pembukaan semuka sempadan negara itu.

ShareTweetPin
Previous Post

CELEBRITY SUPERSTAR ASIA 2022 INGIN SATUKAN BAKAT MELALUI CELEBRITY SUPERSTAR ASIA

Next Post

BAZAR AIDILFITRI DI LORONG TUANKU ABDUL RAHMAN BERMULA PADA 9 APRIL SEHINGGA 2 MEI

Next Post

BAZAR AIDILFITRI DI LORONG TUANKU ABDUL RAHMAN BERMULA PADA 9 APRIL SEHINGGA 2 MEI

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • 这项计划在吉隆坡惠及了首批600名受益者,并得到了全国“Riang Ria Hari Sekolah”活动的支持。
  • YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN & ECO-SHOP SOKONG PELAJAR DENGAN BANTUAN KEMBALI KE SEKOLAH BERNILAI RM120,000
  • SEMARAK SENI 活动日历启动仪式 @ PANGGUNG 2026 周年纪念“过去、现在和永远”
  • MAJLIS PELANCARAN KALENDAR ACARA SEMARAK SENI @ PANGGUNG ANNIVERSARI 2026 “Dulu, Kini dan Selamanya”
  • MAJLIS PELANCARAN KALENDAR ACARA SEMARAK SENI @ PANGGUNG ANNIVERSARI 2026 “Dulu, Kini dan Selamanya”
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist