KUALA LUMPUR – Berita gembira bagi rakyat negeri Perlis , Perak , Pulau Pinang , Sabah dan Kedah yang telah beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa pada 8 November ini .
Datuk Seri Hishammuddin Hussein , Menteri Kanan Pertahanan berkata , keputusan ini dibincangkan dan telah dipersetujui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) , Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 setelah mengambil kira penilaian risiko semasa yang telah dilaksanakan .
Prosedur operasi standard (SOP) bagi negeri yang telah berjaya memasuki Fasa Empat adalah sama seperti sebelum ini .
“Keterangan SOP terkini akan dikemas kini oleh MKN di laman web rasmi www.mkn.gov.my,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan , semalam .
Dengan peralihan fasa bagi kelima-lima negeri ini , hanya dua negeri sahaja yang masih berada di Fasa Tiga , iaitu negeri Sarawak dan juga Kelantan .