KOTA BHARU, 6 NOVEMBER 2021 – Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin telah membuat lawatan kerja ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kelantan.
Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II, Dr. Selasawati Ghazali telah memberi taklimat kepada Khairy Jamaluddin serta Pengurusan Tertinggi KKM.
YB Khairy membuat lawatan sekitar kawasan Hospital Raja Perempuan Zainab II dan sempat beramah mesra bersama petugas-petugas barisan hadapan hospital berkenaan.
Kemudian, Khairy Jamaluddin turut menerima Sumbangan Korporat Keluarga Malaysia dari Tigermed Malaysia Sdn Bhd dan Luvson Pharmaceutical Group Inc. yang menyumbang 25 unit Electronic ICU Bed Column Motors Model Pioneer CLM bagi menangani COVID-19 dengan lebih berkesan.
Sumbangan katil akan diagihkan ke hospital-hospital di bawah JKN Kelantan sejumlah 10 unit serta JKN Negeri Sembilan sejumlah 15 unit.
Turut hadir Ketua Setiausaha KKM, YBhg. Dato’ Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, YBhg. Dato’ Dr. Zaini Hussin.i Hussin.