SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Nasional

KERAJAAN PERLU PERUNTUKKAN SUBSIDI TUNAI KEPADA GOLONGAN PETANI – TEGAS TIMBALAN PRESIDEN AMANAH

KERAJAAN PERLU PERUNTUKKAN SUBSIDI TUNAI KEPADA GOLONGAN PETANI – TEGAS TIMBALAN PRESIDEN AMANAH

Asraf Zin by Asraf Zin
May 8, 2022
in Nasional
Reading Time: 1 min read
A A
0
53
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

8 Mei 2022: Kenaikan harga baja peringkat global pada masa kini telah menyebabkan berlakunya inflasi pertanian, yang kemudiannya memberikan kesan kepada kos operasi dan proses kitaran pengeluaran.

YB Datuk Seri Salahuddin Bin Ayub, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) menerusi satu kenyataan menegaskan bahawa pemberian subsidi kepada petani adalah diperlukan bagi membantu mengurangkan bebanan akibat peningkatan pada kos operasi.

“Kerajaan boleh memulakan dengan memperuntukkan sejumlah subsidi tunai sebanyak RM100 kepada setiap petani.

“Misalnya bagi setiap satu tan sayur-sayuran yang dihasilkan sebagai usaha membantu mengurangkan kesan kenaikan besar terhadap kos baja yang kini meningkat daripada RM120 kepada sekitar RM200,” ujarnya.

Menurutnya lagi, kenaikan yang berlaku dipercayai turut dipengaruhi oleh isu pencerobohan dan ketidaktenteraman antara Rusia dan Ukraine sejak 24 Februari 2022 lalu.

“Ukraine merupakan antara pengeluar terbesar bagi sumber pengeluaran yang berasaskan baja dan tanaman sehingga dikenali sebagai ‘the bread basket of Europe’ kerana menjadi antara pembekal utama bijirin, oat, barli, jagung dan gandum,” katanya.

Selain itu, Datuk Seri Salahuddin turut menyatakan bahawa krisis perubahan iklim serta ketidaktentuan cuaca turut menjadi faktor kepada terbantutnya sumber pengeluaran sekali gus menimbulkan ‘dilema’ buat golongan petani.

Menurutnya, krisis ketidakseimbangan ini seharusnya dijadikan sebagai satu peluang untuk melihat semula kelompangan dan jurang sedia ada bagi memperbaharui rantaian nilai agro makanan negara.

Pada masa sama, Datuk Seri Salahuddin turut menegaskan bahawa kerajaan perlu menyatakan solusi yang lebih baik bagi menangani tiga (3) permasalahan utama iaitu kenaikan harga baja serta kos operasi, nasib golongan petani dan pengeluar tempatan serta ketidakstabilan jaminan bekalan makanan untuk masa hadapan.

ShareTweetPin
Previous Post

CAWANGAN TABUNG HAJI DI SELURUH NEGARA DIBUKA ESOK

Next Post

9 PATI DITAHAN DI PERAIRAN JOHOR SELATAN

Next Post

9 PATI DITAHAN DI PERAIRAN JOHOR SELATAN

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • Sos cili pedas IBU oleh Dato’ Khadijah Ibharim kini menembusi pasaran Berunai
  • 亚洲童星品牌联合共赢发布会
  • Majlis Pelancaran Kerjasama & Pemerkasaan Jenama Asia’s Kids Star
  • BEST OF ASEAN PERFORMING ARTS (BOAPA) 2025 CELEBRATES ASEAN YOUTH TALENT AND CULTURAL UNITY
  • KBS KOMITED MENANGANI ISU KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN BELIA MENERUSI PROJEK DENGAR RAKAN MUDA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist