SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Nasional

MALAYSIA TINGKAT HASIL KELUARAN SAWIT TANPA TEBANG HUTAN LAGI

MALAYSIA TINGKAT HASIL KELUARAN SAWIT TANPA TEBANG HUTAN LAGI

SWA TV by SWA TV
November 19, 2025
in Nasional
Reading Time: 3 mins read
A A
0
20
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 18 November 2025 – Malaysia tidak akan membuka tanah baharu untuk penanaman lebih banyak sawit sebaliknya memfokuskan peningkatan hasil daripada tanah yang sedia ada. Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, Malaysia yang kini mempunyai 5.7 juta hektar ladang sawit memutuskan untuk tidak lagi menjalankan penebangan hutan bagi penanaman sawit selaras komitmennya kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

“Setiap pemain industri perlu memenuhi pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO). “Malaysia menyumbangkan sekitar 70% pengeluaran minyak sawit dunia dan menghasilkan kira-kira 19.3 hingga 19.4 juta tan minyak sawit mentah (CPO) setahun “PIPOC 2025 membawakan empat persidangan merangkumi Persidangan yang berjalan serentak iaitu Pertanian, Bioteknologi dan Kemampanan (Agriculture, Biotechnology and Sustainability – ABS); Pengilangan, Pemprosesan dan Penapisan Bio (Milling, Processing and Biorefinery – MPB); Sektor Hiliran dan Penambahan Nilai (Downstream and Value Addition – DVA); serta Ekonomi dan
Pemasaran Global (Global Economics and Marketing – GEM),” katanya dalam kenyataan.

“Kebanyakan produk minyak sawit kita dieksport ke China, India, dan Eropah,” katanya dalam sidang media selepas perasmian Kongres dan Pameran Antarabangsa Minyak Sawit MPOB (PIPOC 2025) anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini. Hadir merasmikannya ialah Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Amar Fadillah Yusof.
Turut hadir Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir dan Pengerusinya, Datuk Mohamad Helmy Othman Basha. Kongres dan pameran sehingga Khamis ini bertemakan “Mentransformasi Hari Ini,
Memperkasa Hari Esok Melalui Inovasi (Transforming Today, Empowering Tomorrow Through Innovation” membabitkan 100 penceramah dalam dan luar negara selain 2,000 peserta meliputi pembuat dasar, penyelidik, pemimpin industri dan pihak berkepentingan besar.

Johari menambah, kebanyakan transaksi eksport minyak sawit yang dijalankan dalam dolar Amerika Syarikat turut mendorong pengukuhan ringgit sekali gus menghasilkan pulangan yang lebih baik kepada Malaysia.
Mengenai cita-cita biodiesel Malaysia katanya, kapasiti pengeluarannya ialah sekitar 2.6 juta tan setahun manakala pengeluaran semasa berada di bawah sejuta tan.

 

“Buat masa ini, Malaysia tidak terlalu agresif dalam pengeluaran biodiesel, tetapi kapasiti sedia ada jika permintaan meningkat,” katanya. Johari berkata, Afrika misalnya merupakan pasaran penting minyak sawit Malaysia dengan 48 negara yang mengimportnya termasuk Kenya yang ketika ini dikunjungi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Kenya ialah pengimport besar minyak sawit (lebih sejuta tan). Lawatan Perdana Menteri bertujuan membekalkan lebih banyak produk minyak sawit Malaysia ke negara-negara Afrika, ” katanya

Johari juga menyentuh pemanfaatan teknologi (kecerdasan buatan (AI) dan digital) dalam industri sawit yang baginya, turut memainkan peranan penting dalam memodenkan dan meningkatkan kecekapan industri.
“(AI dan digitalisasi) dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja (contohnya, daripada 500,000 pekerja kepada 200,000 pekerja). “(Menerusinya membantu) Penticton produktiviti dan nisbah hektar per pekerja,
contohnya, daripada lapam hektar seorang pekerja kepada 13 hektar seorang pekerja,”

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) merupakan agensi Kerajaan di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) yang bertanggungjawab mengawal selia industri sawit negara. Ia ditubuhkan di bawah Akta Parlimen (Akta 582) dan ditubuhkan pada 1 Mei 2000, mengambil peranan Institut Penyelidikan Minyak Kelapa
Sawit Malaysia (PORIM/PORDB) dan Lembaga Pendafaran dan Pelesenan Minyak Kelapa Sawit (PORLA). Kedua-dua organisasi telah berbakti kepada industri sawit sepanjang lebih 20 tahun dan penubuhan MPOB bertujuan meningkatkan keberkesanan perkhidmatan serta memberi fokus yang lebih besar terhadap aspek tempatan dan antarabangsa dalam ruang lingkup industri sawit.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.mpob.gov.my

ShareTweetPin
Previous Post

Next Post

PIPOC 2025 Pentas Perkongsian Inovasi, Felda Tampil Dengan Transformasi Digital Perladangan

Next Post
PIPOC 2025 Pentas Perkongsian Inovasi, Felda Tampil Dengan Transformasi Digital Perladangan

PIPOC 2025 Pentas Perkongsian Inovasi, Felda Tampil Dengan Transformasi Digital Perladangan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • 这项计划在吉隆坡惠及了首批600名受益者,并得到了全国“Riang Ria Hari Sekolah”活动的支持。
  • YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN & ECO-SHOP SOKONG PELAJAR DENGAN BANTUAN KEMBALI KE SEKOLAH BERNILAI RM120,000
  • SEMARAK SENI 活动日历启动仪式 @ PANGGUNG 2026 周年纪念“过去、现在和永远”
  • MAJLIS PELANCARAN KALENDAR ACARA SEMARAK SENI @ PANGGUNG ANNIVERSARI 2026 “Dulu, Kini dan Selamanya”
  • MAJLIS PELANCARAN KALENDAR ACARA SEMARAK SENI @ PANGGUNG ANNIVERSARI 2026 “Dulu, Kini dan Selamanya”
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist