SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

PIPOC 2025 Pentas Perkongsian Inovasi, Felda Tampil Dengan Transformasi Digital Perladangan

PIPOC 2025 Pentas Perkongsian Inovasi, Felda Tampil Dengan Transformasi Digital Perladangan

SWA TV by SWA TV
November 20, 2025
in Info@swatv, Usahawan & Shopping
Reading Time: 2 mins read
A A
0
37
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 19 November 2025 – Kongres dan Pameran Antarabangsa Minyak Sawit MPOB (PIPOC) 2025 anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) terus menyerlah sebagai platform global untuk menampilkan kemajuan penyelidikan, inovasi dan teknologi terkini dalam industri sawit. Antara yang mencuri tumpuan pada hari kedua kongres ialah pembentangan oleh Pengarah Besar Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Datuk Suzana Idayu Wati Osman, yang berkongsi mengenai kejayaan transformasi digital Felda dalam pengurusan ladang dan produktiviti peneroka.

Dalam pembentangan bertajuk “Merevolusikan Amalan Pengurusan Pekebun Kecil Bagi Melonjakkan Produktiviti: Pendekatan Transformasi Felda”, beliau menegaskan bahawa pelaksanaan kecerdasan buatan (AI) dan pendigitalan perladangan kini menjadi pemacu utama kecekapan operasi Felda dalam menguruskan 317 rancangan tanah melibatkan lebih tiga juta peneroka di seluruh negara.

“Dengan AI dan dron, kita boleh mengenal pasti masalah sebelum menjadi besar. Inilah kekuatan digitalisasi — cepat, tepat dan menjimatkan,” katanya kepada media selepas sesi pembentangan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

Suzana menjelaskan bahawa Felda kini melaksanakan Sistem Pengurusan Perladangan Pintar (Smart Plantation Management System – SPMS), yang beralih daripada kaedah manual kepada pendekatan berasaskan data, analitik masa nyata dan teknologi dron untuk memantau keadaan ladang, pemetaan, pembajaan, penuaian serta pengurusan penyakit tanaman.

Beliau menambah bahawa sistem tersebut kini digunakan di ladang peneroka seluas 456,000 hektar dan ladang milik Felda yang dikendalikan oleh Felda Global Ventures (FGV) seluas 350,000 hektar, menjadikannya antara sistem digitalisasi ladang terbesar di rantau ini.

Kehadiran Felda di PIPOC 2025 mencerminkan matlamat MPOB untuk menghubungkan penyelidikan dan inovasi dengan pelaksanaan industri sebenar, seiring dengan tema PIPOC 2025 – “Mentransformasi Hari Ini, Memperkasa Masa Hadapan Melalui Inovasi.”

Melalui platform ini, MPOB bukan sahaja memperkukuh peranan Malaysia sebagai peneraju global dalam penyelidikan dan pembangunan sawit, tetapi turut mengiktiraf kejayaan pemain industri seperti Felda yang mengaplikasikan hasil penyelidikan dan teknologi dalam meningkatkan kecekapan operasi serta kemampanan perladangan.

PIPOC 2025 yang menghimpunkan lebih 2,000 peserta dari dalam dan luar negara membuktikan keupayaan MPOB untuk memacu peralihan industri sawit ke arah pertanian pintar, berasaskan data dan mesra alam, serta menjadikan Malaysia sebagai model rujukan global dalam pembangunan sawit mampan.

ShareTweetPin
Previous Post

MALAYSIA TINGKAT HASIL KELUARAN SAWIT TANPA TEBANG HUTAN LAGI

Next Post

Nexpert Academy menyokong Aspirasi Malaysia Menjadi Negara AI Menjelang 2030

Next Post
Nexpert Academy menyokong Aspirasi Malaysia Menjadi Negara AI Menjelang 2030

Nexpert Academy menyokong Aspirasi Malaysia Menjadi Negara AI Menjelang 2030

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • 这项计划在吉隆坡惠及了首批600名受益者,并得到了全国“Riang Ria Hari Sekolah”活动的支持。
  • YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN & ECO-SHOP SOKONG PELAJAR DENGAN BANTUAN KEMBALI KE SEKOLAH BERNILAI RM120,000
  • SEMARAK SENI 活动日历启动仪式 @ PANGGUNG 2026 周年纪念“过去、现在和永远”
  • MAJLIS PELANCARAN KALENDAR ACARA SEMARAK SENI @ PANGGUNG ANNIVERSARI 2026 “Dulu, Kini dan Selamanya”
  • MAJLIS PELANCARAN KALENDAR ACARA SEMARAK SENI @ PANGGUNG ANNIVERSARI 2026 “Dulu, Kini dan Selamanya”
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist