

Nexpert Academy, institusi latihan profesional dalam bidang teknologi maklumat, hari ini mengumumkan inisiatif pendidikan strategik yang memberi akses kepada Bumiputera Malaysia untuk mengikuti program pensijilan profesional bertaraf industri dalam bidang Artificial & Machine Learning (AIML), keselamatan siber, pembangunan perisian dan teknologi digital termaju lain, melalui pembiayaan pendidikan di bawah Yayasan Peneraju.


Program ini ditawarkan dengan pembiayaan penuh, di mana peserta berpeluang menukar pembiayaan kepada biasiswa sekiranya memenuhi kriteria kehadiran minimum 85% dan lulus penilaian akhir program. Inisiatif ini merupakan usaha memperkukuh penguasaan Bumiputera dalam sektor teknologi bernilai tinggi serta menyokong arah tuju negara ke arah ekonomi digital yang kompetitif dan mampan.
Nexpert Academy mengambil langkah proaktif untuk menjadi sebahagian daripada ekosistem pembangunan bakat negara dengan menyediakan laluan pembelajaran dan pensijilan profesional yang memenuhi keperluan industri semasa dan masa hadapan. Menurut tren global, pasaran pekerjaan digital sedang mengalami peningkatan permintaan terhadap tenaga kerja mahir dalam bidang AI, data analitik, automasi pintar, keselamatan siber dan pembangunan sistem teknologi. Malaysia juga sedang berdepan cabaran ketidakpadanan kemahiran tenaga kerja yang memerlukan penyedia pendidikan dan industri bergerak seiring dalam membangunkan bakat profesional.


Melalui kurikulum berorientasikan industri dan penglibatan tenaga pengajar berpengalaman, Nexpert Academy menyediakan latihan bersertifikat yang relevan dan komprehensif, sekali gus meningkatkan keupayaan peserta untuk menceburi kerjaya berpendapatan tinggi, sama ada di peringkat domestik atau antarabangsa.
Sebagai institusi yang fokus untuk membangunkan tenaga mahir tempatan, Nexpert Academy percaya bahawa penyertaan Bumiputera dalam bidang teknologi adalah faktor penting untuk mengekalkan daya saing negara. Melalui kerjasama Yayasan Peneraju, peserta akan memperoleh peluang pembelajaran dengan sokongan ekosistem pembiayaan, metodologi latihan yang terstruktur dan rangkaian profesional industri.
“Misi Nexpert Academy adalah untuk membuka peluang kepada bakat Bumiputera bagi memperoleh kemahiran IT bertaraf global yang relevan dan berimpak tinggi. Kerjasama dengan Yayasan Peneraju ini merupakan usaha kami untuk melahirkan tenaga mahir yang bersedia menghadapi cabaran dunia digital.


Kolaborasi Yayasan Peneraju bersama institusi seperti Nexpert Academy adalah selaras dengan matlamat Yayasan Peneraju untuk memperkukuh penyertaan Bumiputera dalam sektor teknologi bernilai tinggi.
Melalui tajaan latihan dan pensijilan ini, kita menyediakan laluan yang kukuh ke arah pembangunan modal insan Bumiputera berkemahiran tinggi.
Senarai Kursus Terkini & Maklumat Program

AI & Machine Learning Bootcamp;
Kursus praktikal dari peringkat asas sehingga intermediate. Pelajar akan belajar Python, analisis data, statistik, algoritma ML, deep learning, NLP dan penerapan model AI menggunakan perpustakaan seperti Pandas, Scikit-learn, TensorFlow dan Power BI.
Kelayakan: Bumiputera, warganegara Malaysia, umur ≥ 18 tahun.
Terma Kewangan: Jika memilih Pakej Silver (tanpa keperluan bayar balik) peserta mesti menyelesaikan latihan + projek dalam jangka masa yang ditetapkan. Jika gagal menyelesaikan, peserta perlu membayar balik yuran
kursus yang dinyatakan dalam Surat Tawaran.
Sorotan Kandungan: Latihan dikendalikan pengajar; capaian rakaman latihan projek capstone; elaun sekali ditawarkan oleh Nexperts, makanan disediakan untuk kelas fizikal; latihan Python, SQL, Power BI, statistik, AI & ML. Hasil Pembelajaran: Peserta dapat membina, latih dan uji model ML/AI terapkan model ke aplikasi sebenar; bersedia untuk kerjaya seperti Data Analyst, Junior AI Developer, atau ML Assistant.
Tempoh & Mod Pengajaran: Durasi 30 hari, mod hibrid (online + kelas).
Pensijilan: Tamat kursus mendapat “Certificate of Achievement” dari Nexperts Academy.
CompTIA Network+ ;
Kursus untuk membina pengetahuan asas dan lanjutan dalam rangkaian komputer. Meliputi topik seperti protokol, infrastruktur rangkaian, keselamatan, dan troubleshooting.
Kelayakan: Bumiputera, warganegara Malaysia, berumur ≥ 18 tahun.
Terma Pembiayaan: Jika memilih Silver Package (tanpa bayar balik), peserta perlu lulus peperiksaan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Jika gagal lulus selepas beberapa kali ulangan, perlu membayar balik yuran kepada Yayasan Peneraju.
Sorotan Kandungan: Latihan diselia pengajar; bahan + makmal; rakaman latihan; elaun sehala (antara RM 300–RM 500 dari Nexperts); 2 cubaan peperiksaan dibiayai oleh Nexperts; sarapan & makan tengah hari jika hadir di kelas fizikal. Hasil Pembelajaran: Memahami model OSI, alamat IP, protokol, peranti rangkaian, keselamatan rangkaian, pemantauan & penyelesaian masalah rangkaian; persediaan untuk peperiksaan CompTIA Network+ (N10-008).
Tempoh & Mod Pengajaran: 5 hari, mod boleh jadi online / kelas / hibrid.
Pensijilan: Sijil CompTIA Network+ selepas lulus peperiksaan.
Certified Ethical Hacker (CEH) :
Kursus fokus pada keselamatan siber dengan pendekatan penggodaman etika (“ethical hacking”).
Kandungan: Merangkumi teknik seperti reconnaissance, pindaian, eksploitasi sistem; pengurusan serangan malware; social engineering; DoS; hacking web, wireless, dan awan; kriptografi & pertahanan keselamatan; penyediaan untuk peperiksaan CEH.
Tempoh & Struktur: Umumnya berlangsung selama 5 hari melalui latihan teori dan praktikal (makmal) dengan simulasi serangan nyata.
Pensijilan: Persediaan untuk peperiksaan CEH (Certified Ethical Hacker).
Kelayakan & Syarat Kewangan: Sebahagian daripada program yang ditaja oleh Yayasan Peneraju melalui Nexperts Academy (Silver Package) untuk Bumiputera.
Network & Multi-Cloud Bootcamp
Bootcamp intensif 6 minggu untuk pemula IT. Menggabungkan kemahiran rangkaian asas + pengkomputeran awan (cloud), terutama fokus kepada Microsoft Azure.
Kandungan Utama: Asas rangkaian & konfigurasi; virtualisasi; penyimpanan & penyebaran awan; penyelesaian multi-cloud; pengurusan Azure (identiti, governance, infra); persiapan peperiksaan Network+, Cloud+, dan AZ-104 (Azure Administrator).
Mod / Tempoh: Bootcamp penuh (rapid) 6 minggu.
Pensijilan: Tamat bootcamp, peserta bersedia untuk lulus peperiksaan: CompTIA
Network+, CompTIA Cloud+, dan Microsoft Certified – Azure Administrator Associate (AZ-104
CompTIA Cloud+
Kursus berfokus kepada pengkomputeran awan (cloud) dan infrastruktur awan moden. Ditaja oleh Yayasan Peneraju melalui Nexperts Grants. (Objektif Pembelajaran: Peserta akan memahami seni bina awan, model penyebaran awan, konsep virtualization, keselamatan awan, pemulihan bencana (disaster recovery), kepatuhan, serta automasi awan.Peranan / Peluang Kerjaya: Peserta dilatih supaya bersedia untuk peranan seperti jejurus sokongan awan (cloud support) atau pentadbir awan junior.
Proses Permohonan
1. Mohon Surat Tawaran Kursus (Letter of Enrolment) daripada Nexperts Academy melalui laman Nexperts Grants. (https://www.nexpertsgrants.com)
2. Isi borang permohonan untuk kursus pilihan anda.
3. Sediakan dokumen berikut: salinan Kad Pengenalan (IC), sijil kelahiran, dan penyata bank terkini.
4. Dapatkan cop Certified True Copy (CTC) pada ketiga-tiga dokumen tersebut.
5. Tandatangani Surat Tawaran Kursus, kemudian hantar bersama dokumen yang lengkap ke peneraju.org, pilih Pakej Silver semasa penghantaran.
6. Tunggu kelulusan daripada Yayasan Peneraju.
7. Setelah diluluskan, hadiri latihan (training) dengan Nexperts Academy berdasarkan jadual intake yang disahkan.
8. Yayasan Peneraju akan memindahkan yuran kursus ke akaun pemohon, dan kemudian pemohon membuat bayaran kepada Nexperts Academy
Utk maklumat atau pendaftaran segera sila layari
www.nexpertsgrants.com
Laman Utama:
www.nexpertsacademy.com



