SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Senitv.com

PERTANDINGAN TEATER BAHASA MELAYU SEKOLAH TAMIL PERINGKAT KEBANGSAAN 2025

PERTANDINGAN TEATER BAHASA MELAYU SEKOLAH TAMIL PERINGKAT KEBANGSAAN 2025

SWA TV by SWA TV
September 14, 2025
in Senitv.com
Reading Time: 4 mins read
A A
0
48
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 13 September 2025 – Pertandingan Teater Bahasa Melayu Sekolah Tamil Peringkat Kebangsaan 2025 telah berlangsung pada hari Sabtu, 13 September 2025 bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur. Program berprestij ini dianjurkan oleh Persatuan Seni Pentas India Kuala Lumpur dengan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta kerjasama strategik bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

YB GOBIND SINGH DEOMenteri Digital
YB GOBIND SINGH DEO Menteri Digital
Mr KarthikPengarah Terbaik
Mr Karthik Pengarah Terbaik

Pertandingan kali ini menerima penyertaan yang amat menggalakkan dengan melibatkan sebanyak 80 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJK Tamil) dari seluruh negara, dengan penglibatan seramai 800 orang pelajar. Daripada jumlah tersebut, 47 buah sekolah telah berjaya mara ke peringkat saringan, manakala hanya 10 sekolah terbaik akan melangkah ke pentas akhir bagi merebut gelaran juara kebangsaan.

Apa yang menjadikan pertandingan ini unik ialah semua persembahan teater dipentaskan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu. Usaha ini adalah sebahagian daripada inisiatif menggalakkan penguasaan dan penghayatan bahasa kebangsaan dalam kalangan pelajar SJK Tamil, di samping memartabatkan seni teater sebagai medium pembelajaran dan penghayatan budaya yang berkesan.

Menurut pihak penganjur, pertandingan ini bukan sekadar medan mengasah bakat pelajar dalam bidang seni teater, malah ia turut memberi peluang kepada mereka untuk menonjolkan kreativiti, daya imaginasi dan penghayatan terhadap isu-isu masyarakat. Melalui persembahan yang dipentaskan, para pelajar akan menyampaikan mesej pendidikan, moral dan nilai murni yang boleh dijadikan teladan oleh khalayak penonton.

Selain itu, penganjuran pertandingan ini turut berperanan sebagai wadah memperkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Seni teater dijadikan jambatan untuk merapatkan hubungan antara pelajar berbeza latar belakang dengan memanfaatkan Bahasa Melayu sebagai medium komunikasi dan pengantar dalam seni persembahan. Dengan cara ini, kecintaan terhadap bahasa kebangsaan dapat dipupuk sejak di bangku sekolah.

Pertandingan ini juga dilihat sebagai usaha murni dalam memperkasa peranan seni budaya sebagai salah satu bentuk pembelajaran yang kreatif. Seni teater bukan sahaja menghiburkan, tetapi turut berfungsi sebagai medium mendidik, membina keyakinan diri serta melatih keberanian pelajar dalam berkomunikasi di khalayak ramai. Secara tidak langsung, ia menyumbang kepada perkembangan sahsiah dan bakat generasi muda negara.

 

Pertandingan Teater Bahasa Melayu Sekolah Tamil Peringkat Kebangsaan 2025 sekali gus menjadi platform penting bagi memperkukuh usaha ke arah memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa budaya dan bahasa perpaduan. Dengan penglibatan aktif 800 pelajar dari 80 buah sekolah Tamil seluruh negara, pertandingan ini bukan sahaja mengangkat martabat bahasa kebangsaan, malah turut menyerlahkan keindahan dan kekuatan seni teater sebagai warisan budaya yang harus terus dipertahankan.

Bagi para pelajar, teater menjadi wadah untuk mengukuhkan penguasaan Bahasa Melayu – bukan sekadar belajar tatabahasa di bilik darjah, tetapi menggunakannya secara kreatif di pentas. Selain itu, teater dapat meningkatkan keyakinan diri, membina kerjasama berpasukan serta mengasah kreativiti dan imaginasi.

Pelakon Lelaki Terbaik
Pelakon lelaki terbaik

Saya berharap pertandingan ini akan menjadi pemangkin kepada beberapa perkara iaitu melahirkan generasi muda yang fasih dan bangga menggunakan Bahasa Melayu. Selain itu mengukuhkan hubungan antara sekolah-sekolah Tamil dan komuniti setempat dan seterusnya menghidupkan budaya apresiasi seni di sekolah agar ia terus berkembang dari peringkat daerah hingga kebangsaan.

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada pihak penganjur, khususnya Persatuan Seni Pentas India Kuala Lumpur yang saban tahun menganjurkan program ini. Tidak lupa juga kepada para guru yang membimbing pelajar dengan sabar, para juri yang sudi meluangkan masa, serta ibu bapa yang memberi sokongan penuh kepada anak-anak. Tanpa sokongan anda semua, tidak mungkin pertandingan ini dapat dijalankan dengan jayanya.Kata  Kata Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Encik Mohd Amran bin Mohd Aris.

ShareTweetPin
Previous Post

KEUNIKAN DAN KELAINAN FBM 2025

Next Post

2025年全国淡米尔学校马来语戏剧比赛

Next Post
2025年全国淡米尔学校马来语戏剧比赛

2025年全国淡米尔学校马来语戏剧比赛

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • BENGKEL KREATIF OKU VOCAL DAN LAKONAN ASA( DRAMA RADIO) E-BRILLE UNTUK OKU BUTA
  • KEMERIAHAN SAMBUTAN HARI WILAYAH PERSEKUTAN BERSAMA MENYANTUI WARGA SETEMPAT
  • JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN DAN PEKESO MEMERIAHKAN HARI WILAYAH 2026
  • JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN DAN PEKESO MEMERIAHKAN HARI WILAYAH 2026
  • 打破垄断集团 政府采购中的投标欺诈
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist