SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Senitv.com

KEUNIKAN DAN KELAINAN FBM 2025

KEUNIKAN DAN KELAINAN FBM 2025

SWA TV by SWA TV
September 14, 2025
in Senitv.com, Tourism
Reading Time: 5 mins read
A A
0
50
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Festival Budaya Malaysia 2025 mempunyai keistimewaan tersendiri kerana ia menampilkan lebih daripada 68 aktiviti budaya merentasi enam zon utama yang mempamerkan gabungan persembahan tradisional dan inovasi moden. ii. Festival Budaya Malaysia adalah merupakan program peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh MOTAC pada tahun ini dan akan diangkat sebagai signature program dalam Kalendar Pelancongan bagi tahun 2026. Bagi menjayakan Festival, MOTAC tidak keseorangan tetapi dibantu oleh Kementerian lain seperti Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Sumber Asli dan Kelastarian Alam, Jabatan Wilayah Persekutuan,
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan banyak lagi.
. MOTAC juga berjaya menghimpunkan sebanyak 55 rakan kerjasama strategik bagi menjadikan Festival Budaya Malaysia yang LUAR BIASA sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Sebanyak 18 NGO dan 10 Syarikat yang akan turut serta mewarnai dan menyemarakkan lagi festival ini antaranya
Pertubuhan Kesenian dan Kebudayaan SRFA (Persatuan India), Persatuan SOKKA GAKAI Malaysia (CINA), Persatuan Cinta Seni Budaya, Pertubuhan Seni Budaya Sabah Kuala Lumpur dan Selangor, Persatuan Raban Indu Borneo Seremban dan lain-lain lagi.

LUAR BIASA yang dimaksudkan adalah satu festival merangkumi 3 kompenan iaitu UDARA, AIR dan DARAT.

UDARA – seperti Belon Udara panas akan beroperasi mulai 12 hingga 16 September 2025 dari jam 8.00 hingga 10.00 malam setiap hari.

AIR – seperti Regatta Kuala Lumpur, Kuala Lumpur International Racing Boat.

– DARAT- sudah pasti acara-acara seperti Wayang Kulit Nusantara, Menora, Gendang Silat, Perkampungan Borneo, Pameran Perkahwinan Malaysia, Festival Kebudayaan Cina, Permainan Tradisional, Teater Taman dan Pertandingan Silabam serta Memanah Berkuda Antarabangsa, Citarasa Makanan Warisan, ASEAN Food Festival dan banyak lagi.

PERTANDINGAN

LUAR BIASA – Festival kali ini juga melibatkan penyertaan antarabangsa dalam aktiviti pertandingan seperti Pertandingan Colorguard Showcase, Kejohanan Muay Thai (Kuda Merah), Pertandingan Silambam Antarabangsa, Festival Wayang Kulit Antarabangsa, Pertandingan Drummerz Showdow, Festival Memanah Berkuda Tradisional Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 dan Kuala Lumpur International Racing Boat 2025 yang melibatkan penyertaan dari luar negara seperti negara Qatar, Poland, Korea, Monggolia, China, Palestin, Afganistan, Cambodia, Thailand, Indonesia, Singapore, Vietnam, India, Sri Lanka dan Brunei Darul Salam

PRODUK KRAFTANGAN

Melalui penyertaan Kraftangan Malaysia, seramai 15 usahawan kraf akan terlibat di dalam aktiviti pameran, jualan, demonstrasi dan interaktif kraf. Pelbagai produk kraf Malaysia akan ditampilkan seperti tekstil, logam, hasil rimba dan aneka kraf. Pengunjung turut berpeluang melihat sendiri serta mencuba pembuatan produk kraf
melalui aktiviti demonstrasi kraf seperti mencanting batik, anyaman rotan, ukiran orang asli dan sulaman tekatan. MOTAC sentiasa komited dalam membantu usahawan kraf dengan menyediakan platform pengkomersialan khusus untuk memasarkan produk kraf Malaysia terus kepada pengunjung dengan harga mampu milik

MAKANAN

MOTAC juga akan mengangkat makanan warisan melalui Festival Citarasa Warisan@Kuala Lumpur yang akan
diselaraskan oleh Jabatan Warisan Negara. Sebanyak 55 jenis makanan warisan akan dipamerkan dan dijual kepada pengunjung antaranya Botok-Botok, Punten, Linopot, Ambuyat, Laksa Sarawak, Kuih Bulan, Nasi Kuning Sabah, Celorot Gula Apong, Lontong Darat dan macam-macam lagi. Chef Selebriti juga dijemput untuk turut sama-sama meriahkan Festival Citarasa Warisan kali ini antaranya Chef Florence, Chef Liza Zainol, Chef Zam dan Chef Yang Jamil.

Sempena Kepengerusian ASEAN, terdapat ASEAN Corner dan Festival Makanan ASEAN. ASEAN Corner lebih menjurus kepada pameran kebudayaan yang melibatkan negara-negara ASEAN yang akan mempamerkan kebudayaan negara masingmasing. Begitu juga Festival Makanan ASEAN dengan makanan dari negara-negara ASEAN seperti Laksa Katong, Bangkok Tea, Babycrab Crispy, Mango Sticky Rice, Vietnam Coffee dan sebagainya sudah pasti menjanjikan satu kelainan yang cuba diketengahkan dalam satu FESTIVAL.

Selain itu juga, bagi menarik kehadiran pengunjung berbangsa Cina, Kami bawakan Pingmin Market akan menanti anda disana dengan pelbagai jualan antaranya Musang King Gelato, Hainanese Coffee, Kimbap, Kombucha, Bird Nest dan lain-lain lagi. Bagi menarik pengunjung antarabangsa khususnya dari China, Xinjiang Halal Food juga akan menyajikan makananmakanan dari Xinjiang China seperti Xinjiang Nan, Pilaf, Lamb
Skewer, Honey Oil Fruit, Dumpling, Fry The Buns.

ARTIS JEMPUTAN

Sepanjang Festival ini berlangsung, pengujung juga akan dihiburkan dengan artis jumpa seperti Shiha Zikir, Amad Dayyan, Suki Low, Zubir Khan, Roslan Madon, Noraniza Idris, Marsha Sepanjang Festival ini berlangsung, pengujung juga akan dihiburkan dengan artis jumpa seperti Shiha Zikir, Amad Dayyan, Suki Low, Zubir Khan, Roslan Madon, Noraniza Idris, Marsha Milan, Aisha Retno, Allycats, Mimi Fly dan ramai lagi (LEBIH 20 ORANG ARTIS) yang akan membuat persembahan mengikut hari-hari tertentu.  Milan, Aisha Retno, Allycats, Mimi Fly dan ramai lagi (LEBIH 20 ORANG ARTIS) yang akan membuat persembahan mengikut hari-hari tertentu.

Suria FM sendiri akan mengadakan Konsert Jelajah Suria pada 14 dan 15 September 2025 yang
membawa artis-artis ke pentas Festival Budaya Malaysia ini

PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN DAN PENCUKILAN BAKAT

Di samping itu, terdapat juga persembahan muzik dan tarian yang menggabungkan elemen kontemporari dengan tradisi, manakala bengkel kreatif dan interaktif disediakan untuk memberi pengalaman pembelajaran budaya yang menyeronokkan. Gabungan aktiviti ini memastikan festival bukan sahaja menjadi platform hiburan, tetapi juga medan pendidikan budaya yang menggalakkan penghargaan masyarakat terhadap warisan negara.

Pertandingan Bintang Etnik Malaysia, Pertandingan Tarian Etnik Kreatif Borneo, Pertandingan Rekaan Kebaya, Pertandingan Teater Garden Indie, Malaysian Dance Championship dan banyak lagi.

. Kebaya telah mendapat pengiktirafan sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara di bawah UNESCO pada 4 Disember 2024. FBM ini MOTAC akan mengadakan pertandingan Rekaan Kebaya dalam kategori Tradisional dan Kontemporari untuk memberi galakan kepada generasi mereka fesyen-fesyen Kebaya. Pada malam perasmian 13hb, peragaan baju Kebaya seperti Kebaya Melayu, Kebaya Cina, Kebaya Cina, Kebaya Sabah dan Sarawak.

PERMAINAN TRADISIONAL

Sempena Festival Budaya Malaysia ini, tiga (3) Malaysia Book Of Records (MBR) akan tercipta iaitu:-

1). Largest Malaysia MADANI Kolam 2025 MOTAC dengan kerjasama Pertubuhan Kesenian & Kebudayaan (SRF) serta Life Creation Design Rangoli Kolam akan menghasilkan Kolam Terbesar dengan logo Malaysia MADANI, sebagai simbol penyatuan masyarakat berbilang

kaum, seni budaya dan nilai perpaduan negara. Kolam merupakan seni tradisional masyarakat India yang
melambangkan keharmonian, keindahan, dan kesejahteraan. Melalui acara ini, ia diangkat sebagai simbol Malaysia MADANI yang mencerminkan kepelbagaian budaya yang menjadi kekuatan negara. Akan berlangsung pada 14 September 2025, dari pukul 9.00 pagi hingga 1.00 petang.

Largest Participation in Kolattam Performance 2025

MOTAC dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara,Pertubuhan Kesenian & Kebudayaan (SRFA) serta Kelly Fine Arts bakal menganjurkan Unity in Rhythm: Malaysia’s Grand Kolattam Celebration bagi kategori “Largest Participation in Kolattam Performance 2025”. Persembahan ini bakal menampilkan keindahan tarian tradisional Kolattam, seni persembahan berirama yang memupuk nilai kebersamaan, semangat budaya dan keharmonian masyarakat majmuk. Lebih menarik ini merupakan peluang bersejarah untuk menyertai persembahan tarian beramai-ramai dan sama-sama mencipta rekod kebangsaan. Akan berlangsung pada 13 September 2025 dari pukul 7.30 pagi hingga 1.00 petang

 

Most Simultaneous Urumi Melam Performance in a Day 2025

MOTAC bersama Pertubuhan Kesenian & Kebudayaan (SRFA) dengan sokongan pelbagai rakan strategik akan
menganjurkan Urumi Melam 14: One Beat, One Nation bagi kategori “Most Simultaneous Urumi Melam Performance in a Day 2025”. Acara ini merupakan satu inisiatif bersejarah yang menyatukan persembahan Urumi Melam serentak di semua 14 negeri di Malaysia. Persembahan berirama penuh tenaga ini bukan sahaja memperlihatkan keunikan warisan muzik masyarakat India, tetapi juga simbol penyatuan rakyat Malaysia
melalui seni budaya. Lebih Istimewa acara ini sebagai salah satu titik penting dalam landskap seni dan budaya negara. Akan berlangsung pada 13 September 2025 dari pukul 2.00 petang hingga 3.00 petang.

PETTING ZOO

Bagi keluarga yang membawa anak-anak boleh terus berkunjung di Laman PETTING ZOO. Petting Zoo akan menghimpunkan pelbagai jenis haiwan-haiwan seperti Arnab, Tupai Tanah Afrika,Hamsters, Husky Rats, Sugar Glider, Green Eclectus Parrot, Anak Itik, Indian Ringneck Parakeet dan sebagainya.

PERKAMPUNGAN LESTARI DAN RUMAH KITAPERKAHWINAN MALAYSIA

Kementerian Sumber Asli dan Kelastarian Alam turut menyertai Festival Budaya Malaysia berkonsepkan Perkampungan Lestari yang mempamerkan pameran trofi hidupan liar (haiwan liar yang diawetkan), edaran anak pokok percuma, Advokasi Cuaca, Kempen Hindari Plastik, promosi apikasi MyKiblat dan Mylot serta macam-macam lagi.

Kementerian Perpaduan Negara juga turut serta dengan Pameran Rumah Kita yang melibatkan 6 kaum iaitu Melayu, Cina, India, Sabah, Sarawak dan Siam. Dalam Rumah Kita ini akan mempamerkan adat resam kaum masing-masing khususnya dalam perkahwinan setiap kaum. Simulasi perkahwinan akan ada disana nanti seperti pelamin, perarakan pengantin. Ingin saya war-warkan disana mana-mana Pengantin Baharu di sekitar Kuala Lumpur yang ingin bersanding di pelamin yang sebenar boleh datang dan singgah di Pavilion Rumah Kita, boleh bergambar dan sebagainya.

ShareTweetPin
Previous Post

HARI USAHWAN NEGARA (HUN 2025) DI BUKIT JALIL KEMBALI LAGI

Next Post

PERTANDINGAN TEATER BAHASA MELAYU SEKOLAH TAMIL PERINGKAT KEBANGSAAN 2025

Next Post
PERTANDINGAN TEATER BAHASA MELAYU SEKOLAH TAMIL PERINGKAT KEBANGSAAN 2025

PERTANDINGAN TEATER BAHASA MELAYU SEKOLAH TAMIL PERINGKAT KEBANGSAAN 2025

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • இந்த ஆண்டு கல்வி மேம்பாட்டுத் திட்டம் கல்வி அமைச்சகத்தின் கவனத்தில் உள்ளது, இதில் புதிய பாலர் பாடத்திட்டமும் அடங்கும்.
  • 教育发展计划是教育部今年的工作重点之一,其中包括新的学前教育课程。
  • Pelan Pembangunan Pendidikan antara fokus KPM tahun ini,termasuk kurikulum prasekolah baharu
  • 星光街头节 丰富多彩的
  • STAR-LIT STREET FESTIVAL DI TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 BERTEMPAT DI BUKIT BINTANG
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist