
13/SEPT/2025 -Hari Usahawan Kebangsaan (HUN) 2025 bakal mencipta sejarah kerana julung kali diadakan secara besar-besaran, menarik penyertaan usahawan dalam dan luar negara. Beratus-ratus usahawan menghadiri majlis pelancaran rasmi, yang akan memulakan sambutan rasmi di Stadium Nasional Bukit Jalil dari 11 hingga 16 September 2025. Acara itu akan menampilkan lebih 1,000 gerai merangkumi pelbagai sektor keusahawanan, daripada perusahaan mikro dan kecil (PKS), perniagaan eksport, kepada syarikat multinasional. Delegasi dari negara berkaitan, termasuk China, Vietnam, Thailand, Pakistan, Timur Tengah dan Indonesia, akan turut hadir. Produk yang dipamerkan termasuk makanan berasaskan retort, kraftangan tempatan dan teknologi pembungkusan.

Antara pengisian menarik:
✅ Jaringan & sesi business matching bersama usahawan tempatan & global
✅ Talk show bersama tokoh & ikon perniagaan
✅ Pameran antarabangsa, kementerian & agensi
✅ Pertunjukan kereta mewah bernilai hingga RM2 juta
✅ Hun World Record 2025 – Satay & Nasi Lemak Terpanjang!
✅ Lucky Draw “Brompton” basikal mewah bernilai RM28,000 🚲
✅ Larian Fun Run 3KM & 5KM Serta Fun Ride Berbasikal 25KM 🚴
✅ Pertunjukan pasukan keselamatan & barangan RAHMAH MADANI
✅ Bayaran saman trafik diskaun hingga 70% 🚓
✅Pelbagai Pertandingan dan aktiviti untuk kanak-kanak
✅ Dan banyak lagi aktiviti menarik menanti anda selama 5 hari majlis berlangsung!
🎥 Acara ini juga akan disiarkan secara Live International StreamMix ke seluruh dunia!
💡 Jom bersama-sama memacu Malaysia sebagai Hab Usahawan Dunia!






