SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

DASAR KEBUDAYAAN NEGARA DILANCARKAN SECARA RASMI SELEPAS 50 TAHUN

DASAR KEBUDAYAAN NEGARA DILANCARKAN SECARA RASMI SELEPAS 50 TAHUN

Asraf Zin by Asraf Zin
October 21, 2021
in Info@swatv, Tourism
Reading Time: 2 mins read
A A
0
484
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri memperkenalkan Dasar Kebudayaan Negara 2021 (DAKEN) buat julung kalinya secara rasmi selepas 50 tahun.

Menurut beliau, Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) yang bakal dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob pada 26 Oktober ini merupakan satu lagi inisiatif Kementerian dalam memacu sektor seni, budaya dan warisan di Malaysia.

“Dasar Kebudayaan Negara atau DAKEN yang telah diluluskan di dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 28 April 2021 merupakan nashkah yang digubal bertujuan untuk memantapkan sektor kebudayaan dari segi pembangunan, tadbir urus budaya, modal insan, pengkaryaan dan usaha menjana ekonomi negara,” katanya ketika taklimat media di sini, pada rabu.

Penggubalan Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) dibuat dengan mengambil kira prinsip dan matlamat Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) yang diilhamkan pada 1971 serta berlandaskan Perlembagaan Persekutuan sebagai ikatan mengharmonikan masyarakat majmuk di Malaysia.

Menurut YB Dato’ Sri Hajah, penggubalan Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) yang berpandukan pada Prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan membawa kepada lima semangat dan sifat. Antaranya adalah Keterangkuman (inclusiveness), Kebersamaan (cohesiveness), Semangat Kebanggaan (spirit of proudness), Keterbukaan (openess) serta Menyeluruh (holistic).

Beliau juga turut menggariskan tujuh (7) teras utama yang menjadi sasaran Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) berkaitan pelaksanaan seni, budaya dan warisan pada masa hadapan yang merangkumi Budaya Nilai Tinggi, Keharmoniaan Masyarakat, Pemeliharaan dan Pemuliharaan Warisan Budaya, Pembangunan dan Pengembangan Budaya, Pemerkasaan Budaya, Penjanaan Ekonomi Kebudayaan serta Kecemerlangan Budaya.

Tambah beliau lagi, keterlibatan empat institusi utama dalam pelaksanaan DAKEN dilihat menjadi penggerak kepada strategi dan pelan tindakan yang telah digariskan.

“Pelaksanaan DAKEN melibatkan empat (4) institusi penting iaitu Institusi Kekeluargaan, Institusi Pendidikan, Institusi Kemasyarakatan dan Institusi Perkhidmatan. Melalui domain-domain inilah, strategi dan pelan tindakan yang digariskan dalam DAKEN dapat dilaksanakan,” katanya.

Beliau berharap DAKEN 2021 mampu mengetengahkan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dengan kekayaan budaya oleh rakyatnya serta dapat melestarikan agenda pemeliharaan dan pemuliharaan seni dan warisan negara.

Dalam pada itu, beliau juga turut mengajak masyarakat di luar sana terutamanya pemain industri seni, budaya dan warisan supaya turut serta menyaksikan Majlis Pelancaran Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN).

“Sekali lagi, suka saya mengajak masyarakat di luar sana terutamanya pemain industri seni, budaya dan warisan untuk sama-sama kita menyaksikan Majlis Pelancaran Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) 2021 pada 26 Oktober 2021 (Selasa minggu hadapan), bermula jam 8.30 malam bertempat di Kompleks Kraf, Kuala Lumpur,” katanya.

ShareTweetPin
Previous Post

“BANGKIT ASAL” MENJADI TEMA MINGGU BUDAYA MALAYSIA 2021

Next Post

ANGGOTA BOMBA DIHANYUT ARUS MENGHEMBUSKAN NAFAS YANG TERAKHIR

Next Post

ANGGOTA BOMBA DIHANYUT ARUS MENGHEMBUSKAN NAFAS YANG TERAKHIR

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • ZIARAH YANG SAKIT, MENGINGATKAN KITA TENTANG NIKMAT SIHAT
  • BENGKEL KREATIF OKU VOCAL DAN LAKONAN ASAS (DRAMA RADIO) DISEMPURNAKAN OLEH TIMBALAN MENTERI KOMUNIKASI YB TEO NIE CHING
  • BENGKEL KREATIF OKU VOCAL DAN LAKONAN ASA( DRAMA RADIO) E-BRILLE UNTUK OKU BUTA
  • KEMERIAHAN SAMBUTAN HARI WILAYAH PERSEKUTAN BERSAMA MENYANTUI WARGA SETEMPAT
  • JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN DAN PEKESO MEMERIAHKAN HARI WILAYAH 2026
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist