SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Tourism

MOTAC BANTU SYARIKAT PENGENDALI UMRAH SUSULAN PENANGGUHAN IBADAH UMRAH SELAMA SEBULAN

MOTAC BANTU SYARIKAT PENGENDALI UMRAH SUSULAN PENANGGUHAN IBADAH UMRAH SELAMA SEBULAN

Asraf Zin by Asraf Zin
January 9, 2022
in Tourism
Reading Time: 1 min read
A A
0
Gambar sekadar hiasan

Gambar sekadar hiasan

5
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

9 Januari 2022: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yakin semua agensi pelancongan pengendali pakej umrah yang berdaftar di bawah MOTAC telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan penuh komited bagi memastikan industri pelancongan negara pulih semula.

Walau bagaimanapun, pengumuman penangguhan ibadah umrah selama sebulan bermula 8 Januari lalu sedikit sebanyak telah menjejaskan perancangan para penggiat industri yang terlibat.

Sehubungan dengan itu, MOTAC kini berusaha mencari penyelesaian terbaik iaitu bekerjasama dengan KKM, NADMA dan Persatuan-Persatuan Agensi Pelancongan yang menyediakan pakej umrah bagi menambah baik SOP umrah sedia ada bagi kelulusan MKN supaya lebih sesuai dengan keperluan semasa dalam menangani penularan COVID-19.

Antara cadangan yang telah dibincangkan adalah pengesahan vaksinasi jemaah sebelum menerima bayaran pakej perkhidmatan umrah/ziarah dan menjalani kuarantin wajib di stesen kuarantin atau hotel yang telah dikenal pasti sebagai stesen kuarantin oleh pihak NADMA apabila pulang ke Malaysia.

Mengulas lanjut, MOTAC percaya bahawa agensi pengendali umrah telah menjalankan tanggungjawab mereka dan melaksanakan SOP dengan sebaik mungkin.

Sementara itu, proses kelulusan pengiklanan pakej umrah/ziarah juga turut ditangguhkan selama tempoh penangguhan mulai 8 Januari 2022 memandangkan tarikh penerbangan tidak boleh ditentukan disebabkan penangguhan yang mana merupakan syarat wajib pengiklanan.   

ShareTweetPin
Previous Post

ISU PENGAMBILAN TANAH KAMPUNG SUNGAI BARU, PENDUDUK MAHUKAN KEADILAN

Next Post

11 NYAWA LAGI DIRAGUT WABAK COVID-19

Next Post
11 NYAWA LAGI DIRAGUT WABAK COVID-19

11 NYAWA LAGI DIRAGUT WABAK COVID-19

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • KARNIVAL DURIAN RIVER OF LIFE LEMBAH SAHOM KEMBALI LAGI, BAKAL DIANJURKAN PADA 2 & 3 JULAI 2022

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • DATIN LYNDA GHAZZALI RAI WANITA MENOPAUSE DI KEDIAMAN BELIAU

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • TEMASYA BUDAYA @ NEGERI PERAK TARIK MASYARAKAT KENAL LEBIH DEKAT KESENIAN PELBAGAI KAUM NEGERI PERAK
  • Percubaan Kerajaan Negeri Selangor Untuk Mencipta Rekod Baharu di Dalam Malaysia Book of Records
  • PROGRAM JOM BACA @CHADAK MEMUPUK BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN MASYARAKAT ORANG ASLI
  • BULAN PELANCONGAN ISLAM (ITM 2023): MERAIKAN PENGALAMAN PELANCONGAN MESRA MUSLIM DI MALAYSIA
  • PESTA TEATER RUNCIT SEBUAH PERTANDINGAN TEATER PENDEK ANJURAN FAKULTI TEATER ASWARA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2021

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2021

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist