PUTRAJAYA – Kes kematian melibatkan wabak COVID-19 bertambah lagi 11 korban , termasuk dua kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) dilaporkan , setakat tengah malam tadi .
Berdasarkan data yang direkodkan dalam laman sesawang laman sesawang COVIDNOW dan GitHub Kementerian Kesihatan (KKM) , peningkatan jumlah ini menjadikan kes kematian keseluruhan kepada 31,655 kematian , termasuk 6,386 kes BID , hari ini .
Mengikut pecahannya , angka korban tertinggi direkodkan di Selangor dengan catatan 6 korban , manakala selebihnya dilaporkan masing-masing satu kematian di Perak , Sabah , Sarawak , Kelantan dan Terengganu .
Dalam masa yang sama , KKM melaporkan sebanyak 39,776 kes aktif COVID-19 di negara ini , setakat tengah malam tadi .
Daripada jumlah itu , seramai 32,866 individu kini dalam menjalani kuarantin kendiri di rumah masing-masing ; 3,230 berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) , manakala 3,427 lagi sedang dirawat di hospital .
Sementara itu , sejumlah 124,994 dos vaksin COVID-19 telah diberikan , semalam , membabitkan 122,667 dos penggalak , dos pertama (1,241) dan dos lengkap (1,086) .
Sehingga kini , 87.9 peratus populasi remaja berusia 12 hingga 17 serta 97.7 populasi dewasa sudah lengkap vaksinasi .