YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) hari ini (12 Oktober 2023 )
menegaskan bahawa Malaysia mempunyai kelebihan tersendiri dalam membangunkan pelancongan mesra
Muslim. Oleh itu, MOTAC bercadang melancarkan pakej Pelancongan Mesra Muslim seawal November 2023.
YB Menteri berkata, memandangkan Timur Tengah dan China mempunyai demografi yang besar khususnya Muslim.
Justeru, MOTAC bersedia untuk bekerjasama bagi membangunkan pakej pelancongan mewah yang kreatif
dan menarik seperti pelancongan golf, perubatan dan sebagainya. Sehubungan itu, MOTAC dan Pusat
Pelancongan Islam (ITC) akan membuat perancangan segera berhubung perkara ini dan mampu dicapai melalui
Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) yang membuat pemasaran di Asia, Timur Tengah dan Eropah. YB Menteri juga memohon agar pihak yang terlibat mengadakan kursus dan latihan dalam bulan ini (Oktober 2023) dengan menyasarkan penglibatan sekurangkurangkan 200 orang peserta untuk mendapatkan sijil yang berkaitan. Katanya lagi, “kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pemain industri pelancongan mengenai pasaran pelancongan Muslim yang memerlukan perhatian dalam menentukan pakej yang bersesuaian dan kompetitif untuk dijual di pasaran berkaitan.” Hari ini YB Menteri bertemu dengan wakil Persatuan Penggalakan Pelancongan Inbound Cina Malaysia (MICA),
Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Persatuan Pelancongan Domestik
Malaysia (MITA), Persatuan Syarikat PengendalianPelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra Malaysia) dan
Persatuan Pelancongan Cina Malaysia (MCTA). Dalam pertemuan ini, perbincangan mengenai beberapa perkara
yang berkaitan dengan industri pelancongan negara, termasuk kaedah untuk memperhebatkan promosi
diperingkat antarabangsa, membangunkan pasaran mesra Muslim, mewujudkan konsensus industri, memberikan subsidi dan bantuan kepada pengusaha pelancongan serta lainlain lagi. MOTAC akan memberi perhatian yang sama rata kepada semua pemain industri pelancongan di negara ini tanpa mengira latar belakang dan tidak timbul isu berat sebelah dalam menyalurkan bantuan kepada mana-mana pihak. MOTAC juga komited untuk membantu dan menyokong ekonomi pelancongan dalam usaha memajukan ekonomi negara. Justeru itu, MOTAC berharap agar semua pemain industri dapat bekerjasama dengan lebih erat dan bersaing secara sihat, tanpa bertindak melulu semata-mata untuk kepentingan diri sendiri. YB Menteri juga mengingatkan jika industri pelancongan dimonopoli dengan perasaan benci dan persaingan tidak sihat, nescaya ekonomi negara akan menguncup dan akan mengambil masa yang lama untuk dikembangkan semula. Selain itu, YB Menteri berkata baru-baru ini terdapat aduan mengenai layanan tidak mesra ter hadap pelancong di beberapa lokasi tarikan pelancongan seperti di Jalan Alor. Aduan yang diterima adalah peniaga tempatan meletakkan harga barangan yang tidak masuk akal kepada pelancong asing, termasuk harga makanan dan minuman yang mencecah sehingga tiga ke empat kali ganda lebih tinggi daripada harga biasa. Tindakan peniaga yang tidak jujur ini turut memberi kesan buruk kepada sektor pelancongan negara dan akan membawa kepada penurunan jumlah pelancong untuk datang ke Jalan Alor.
Tegasnya lagi, tingkah laku sebegini hanya akan memberi kesan negatif kepada Malaysia sebagai destinasi
pelancongan yang popular selain memudaratkan kepentingan pelancong dan mampu merosakkan reputasi
industri pelancongan Malaysia. Malah, tindakan peniaga itu juga menyalahi undangundang dan YB Menteri memberi amaran kepada pemain industri yang berkaitan untuk memberi perhatian dan penelitian terhadap isu-isu seperti ini. YB Menteri juga menyeru persatuan dan agensi berkaitan pelancongan membantu embangkitkan apa juga isu yang timbul berhubung pelancongan. Jika sesuatu isu itu dapat dikenalpasti dengan lebih awal, maka lebih mudah untuk kita mengambil langkah penyelesaian bagi memastikan para pelancong dapat merasai pengalaman manis sepanjang berada di Malaysia.