SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

SANGGAR PUISI 2023 : RIMA MENGIKAT SUKMA MEMBUGARKAN BUDAYA MEMBACA MENERUSI SASTERA DAN BUDAYA

SANGGAR PUISI 2023 : RIMA MENGIKAT SUKMA MEMBUGARKAN BUDAYA MEMBACA MENERUSI SASTERA DAN BUDAYA

SWA TV by SWA TV
October 18, 2023
in Info@swatv, Nasional, Senitv.com
Reading Time: 2 mins read
A A
0
79
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

 

KUALA LUMPUR, 17 Oktober 2023 – YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan Negara telah merasmikan Program Sanggar Puisi 2023: Rima Mengikat Sukma pada hari ini di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Program ini dianjurkan oleh Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di bawah Inisiatif ‘Ini Warisan Kita’ – Melestarikan Perpaduan.
Dilaksanakan secara hibrid yang turut bersiaran langsung menerusi PNM TV  Channel, bertujuan untuk menyemarakkan dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya, melalui pemilihan genre puisi yang dilihat merupakan salah satu wadah pembentukan identiti, budaya dan jati diri rakyat Malaysia.
Seramai enam (6) orang pemuisi tanah air telah mendeklamasikan puisi yang terdiri daripada Sasterawan Negara serta aktivis seni daripada pelbagai silang budaya dan bangsa iaitu YBhg. SN Prof. Emeritus Dr. Muhammad bin Hj Salleh, YBhg. SN Dato’ Rahman bin Shaari, YBrs. Prof. Dr. Lim Swee Tin, YBrs. Dr. Raja Rajeswari a/p Seetha Raman, Encik Zainal Abidin bin Hj. Suhaili dan Puan Dayangku Siti Afizah binti Abdul Latif. YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof menyatakan dalam ucapannya bahawa penganjuran program ini dapat mengangkat dan memartabatkan puisi sebagai ejen perpaduan kaum yang sekali gus berupaya memupuk nilai-nilai murni
dan semangat cintakan tanah air serta semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat pada hari ini.

“Puisi merupakan medium komunikasi yang berkesan dalam menyampaikan mesej dan manfaat kepada masyarakat. Ia mampu mengeratkan hubungan dan perpaduan sesama masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan lain-lain lagi, khususnya dalam pembentukan jati diri patriotik, toleransi, saling menghormati dan bertanggungjawab”, ujar YBhg. Datuk Azman. Program yang berlangsung selama sepuluh (10) hari ini telah bermula pada 16 hingga 25 Oktober 2023 telah merencanakan pelbagai pengisian antaranya:
i. Pertandingan Mendeklamasi Puisi Peringkat Sekolah Menengah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur;
ii. Pameran Sanggar Puisi: Rima Mengikat Sukma yang mengetengahkan himpunan puisi-puisi terpilih daripada koleksi manuskrip Melayu, koleksi khas dan bahan monograf Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM);
iii. Program Singgah Santai @PNM bertemakan Seni Melestarikan Perpaduan; dan
iv. Bengkel Penulisan Puisi Perpaduan. Program sebegini dilihat berupaya meningkatkan lagi kesepaduan dan
penyatuan masyarakat pada masa akan datang dan juga sebagai usaha mempromosi tradisi keilmuan yang turut menyumbang kepada warisan perpaduan dan kemakmuran negara.

ShareTweetPin
Previous Post

MOTAC PERHEBATKAN PELANCONGAN MESRA MUSLIM

Next Post

Natura Belle is a brand founded by Dato’ Azman and Datin Siti Salmiah

Next Post
Natura Belle is a brand founded by Dato’ Azman and Datin Siti Salmiah

Natura Belle is a brand founded by Dato' Azman and Datin Siti Salmiah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • SUZUKI SWIFT SPORT – HOT HATCH SEBENAR TERAKHIR?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • KEDUTAAN REPUBLIK KOREA MENGANJURKAN FESTIVAL FILEM KOREA 2023
  • AirAsia X lebarkan sayap ke Asia Tengah, syarikat penerbangan Malaysia pertama terbang terus ke Almaty, Kazakhstan
  • DATUK SERI DR SRI SUKUNTHAN MENJADI TETAMU TERHORMAT DI PERTANDIGAN RATU CANTIK SUPER MODEL UNIVERSE
  • MAJLIS ANUGERAH KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA (NATIONAL OSH AWARD) 2022
  • AstraZeneca Melancarkan Portal mySihatPal Bagi Mempergiatkan Inisiatif Kesaksamaan Akses Dalam Perkhidmatan Kesihatan
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist