SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Hiburan

KOLABORASI MANTAP INTEAM x VE MERAKAM SEMULA LAGU ALLAH ALLAH AGHISNA !

KOLABORASI MANTAP INTEAM x VE MERAKAM SEMULA LAGU ALLAH ALLAH AGHISNA !

Siti Norsyazlina by Siti Norsyazlina
October 29, 2021
in Hiburan
Reading Time: 2 mins read
A A
0
45
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan nasyid tanah air , Inteam telah merakam semula lagu Allah Allah Aghisna yang viral di TikTok baru-baru ini kerana menjadi muzik latar kepada video Allahyarham Siti Sarah bersama keluarganya serta pelbagai video yang meruntun jiwa . Ia juga turut berkolaborasi dengan kumpulan Voices of Euphonious atau VE sebagai satu projek khas sempena Maulidur Rasul .

Menerusi sesi media yang dilakukan secara maya , semalam , yang turut disertai oleh anggota VE , mereka menerangkan bahawa mereka memilih lagu ini kerana ia semakin popular di merata sosial media .

“Kami pilih lagu ini kerana ia lagu yang semakin popular dan ramai pula berminat buat ‘cover’. Maknanya lagu ini pun sangat baik .

“Ia jadi pilihan untuk kematian akibat Covid-19 . Kami tengok carian di Internet, YouTube dan Google juga banyak perkongsian mengenai lagu ini .

“Jadi kami melihatnya sesuai dibuat semula untuk Maulidur Rasul . Liriknya juga relevan kerana kita memohon kepada Allah supaya membantu kita ,” kata Syahril , salah seorang ahli daripada kumpulan Inteam mewakili ahli yang lain .

Rakaman lagu yang telah siap telah dimuat naik di saluran rasmi Inteam Digital sejak 18 Oktober yang lalu , dan telah berjaya mendapat lebih daripada 21,000 tontonan dalam masa seminggu .

Menurut Abdul Rahim , salah seorang anggota Inteam , mereka sudah lama berhasrat untuk bekerjasama dengan kumpulan VE . Kedua-dua kumpulan ini pernah bersama-sama menghadiri program Maulid dan juga Malam Cinta Rasul sebelum ini .

“Kebetulan baru-baru ini saya diundang dalam ‘talk show’ mereka di Instagram , dan dari situ tercetus idea untuk kami menghasilkan bersama single sempena Maulidur Rasul,” kata Abdul Rahim .

Hasrat kumpulan Inteam disambut baik oleh kumpulan VE kerana mereka juga menyatakan perasaan teruja mereka ketika bekerjasama menyelesaikan projek ini .

“Kami berbesar hati jadi pilihan Inteam untuk jalin kerjasama . InsyaAllah , mungkin kami akan bekerjasama lagi dengan mereka (Inteam) untuk projek berikutnya nanti,” kata Adeep , salah seorang ahli VE .

Apa yang lebih menarik , bukan sahaja dinyanyikan di dalam bahasa Arab , lagu Allah Allah Aghisna juga akan dikeluarkan di dalam terjemahan bahasa Melayu supaya lebih mudah difahami oleh pendengar .

ShareTweetPin
Previous Post

BUDAK PEREMPUAN MENDAKWA HAMPIR DICULIK ‘ VAN PUTIH ‘

Next Post

BANTERAS ISU ” PERIOD SPOT CHECK ” DI KALANGAN MURID SEKOLAH !

Next Post

BANTERAS ISU " PERIOD SPOT CHECK " DI KALANGAN MURID SEKOLAH !

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • BEST OF ASEAN PERFORMING ARTS (BOAPA) 2025 CELEBRATES ASEAN YOUTH TALENT AND CULTURAL UNITY
  • KBS KOMITED MENANGANI ISU KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN BELIA MENERUSI PROJEK DENGAR RAKAN MUDA
  • KEJOHANAN KBS MASTERS GAMES 2025 6000 PESERTA ANTARA BERUMUR 40- 60 TAHUN
  • Syria Care Sasar Menghantar 2 Kontena Pakaian Musim Sejuk ke Syria Tahun Ini
  • ASEAN Film & TV Summit 2025 – Siri 2
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist