SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

YAYASAN TAQWA MAIWP MENAJA BIASISWA PENDIDIKAN RM148,000 UNTUK DUA PROGRAM DI BAWAH PENGENDALIAN IIUM EDUCATION DIVISION, IIUM HOLDINGS SDN BHD

YAYASAN TAQWA MAIWP MENAJA BIASISWA PENDIDIKAN RM148,000 UNTUK DUA PROGRAM DI BAWAH PENGENDALIAN IIUM EDUCATION DIVISION, IIUM HOLDINGS SDN BHD

Asraf Zin by Asraf Zin
January 10, 2022
in Info@swatv
Reading Time: 2 mins read
A A
0
198
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Yayasan Taqwa. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengumumkan tajaan pembiayaan yang berjumlah RM148,000 yang disalurkan melalui dua (2) program di bawah pengendalian IIUM Education Division dan IIUM Holdings Sdn Bhd. (IIUM Education).

Program-program tersebut adalah tajaan pembiayaan pendidikan kepada pelajar antarabangsa Kolej Islam Antarabangsa (IIC) yang beragama Islam, tidak berkemampuan serta mengalami masalah kewangan untuk melanjutkan pelajaran.

Selain itu, bantuan pembiayaan kepada IIUM Educare pula adalah bagi menjayakan Program Hebat Baca Bahasa yang menyasarkan kanak-kanak berumur lima (5) dan enam (6) tahun yang mempunyai masalah membaca di kalangan B40 dan Asnaf.

Dato’ Haji Razali Haji Shahabudin, Pengerusi Yayasan Taqwa, MAIWP yang turut serta hadir pada majlis yang berlangsung di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur

Mengulas lanjut, seramai 24 orang pelajar antarabangsa yang terdiri daripada warganegara Myanmar yang sedang mengikuti Diploma Teknologi Maklumat di IIC telah dipersetujui oleh pihak Yayasan Taqwa, MAIWP untuk ditaja melalui program pertama.

Manakala bagi program kedua pula, kumpulan pertama Program Hebat Baca Bahasa telah bermula pada 15 September 2021 yang melibatkan 12 keluarga bertuah terpilih untuk menyertai program tersebut.

Dalam pada itu, mereka juga turut diberikan sebuah ‘Kotak Kegembiraan’ yang mengandungi sebuah laptop, set meja belajar, alat tulis dan buku bagi memberi mereka motivasi untuk belajar lebih tekun dan mempersiapkan diri sebelum memasuki alam persekolahan darjah satu (1).

“Diharapkan pembiayaan ini dapat disalurkan kepada kumpulan sasar yang dikenal pasti bagi meringankan beban mereka untuk mengejar ilmu dan mencapai kejayaan dalam segala bidang yang diceburi,” kata Dato’ Haji Razali Haji Shahabudin, Pengerusi Yayasan Taqwa, MAIWP.

En. Mohd Khair Ngadiron memberi ucapannya ketika majlis berlangsung

Pada masa sama, Pengerusi IIUM Education, En. Mohd Khair Ngadiron juga turut berkata sumbangan yang diberikan ini memberikan motivasi kepada kanak-kanak yang kurang berkemampuan untuk belajar dan mengikuti kelas membaca secara atas talian.

“Sumbangan ini turut memastikan mereka dapat meneruskan proses pembelajaran dengan sempurna walaupun negara sedang berhadapan dengan isu kesihatan global dan kemelut ekonomi yang meruncing.”

“IIC juga bakal memeterai kerjasama strategik dengan International Intellectual College of Myanmar bagi memastikan pembangunan umah terutama dalam bidang Teknologi Maklumat berkembang di serata dunia,” tambah beliau lagi.

Melihat kepada inisiatif-inisiatif yang diberikan, usaha ini turut membantu IIUM Education untuk mengorak langkah kehadapan dengan menjadi rangkaian institusi Pendidikan yang tersenarai di Bursa Saham Malaysia sebagai Syarikat Tersenarai Awam (PLC).

Sesi penyerahan cek replika yang disempurnakan oleh YBhg, Dato’ Haji Razali bin Haji Shahabudin selaku Pengerusi Yayasan Taqwa MAIWP

Sebagai tanda simbolik penajaan, satu cek replika sumbangan telah disempurnakan oleh YBhg, Dato’ Haji Razali bin Haji Shahabudin selaku Pengerusi Yayasan Taqwa MAIWP kepada wakil IIUM Holdings Sdn Bhd iaitu Encik Mohd Khair bin Ngadiron selaku Pengerusi IIUM Education.

Antara dif-dif terhormat yang hadir sama ketika berlangsungnya majlis

Turut hadir sama ialah En, Wan Rohimi Bin Wan Daud, Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri; YBhg. Datuk Dr. Mohd Ghazali Bin Md. Noor, Ahli Pemegang Amanah Yayasan Taqwa; En. Shamsul Kahar Bin Haron, Ketua Pegawai Eksekutif IIUM Education dan Puan Adibah Binti Omar, Ketua Pegawai Eksekutif IIUM Educare.

ShareTweetPin
Previous Post

PENDUDUK BERA TERKESAN BANJIR TERIMA BANTUAN WANG IHSAN

Next Post

8 KES POSITIF OMICRON DIKESAN DI TERENGGANU

Next Post

8 KES POSITIF OMICRON DIKESAN DI TERENGGANU

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • BEST OF ASEAN PERFORMING ARTS (BOAPA) 2025 CELEBRATES ASEAN YOUTH TALENT AND CULTURAL UNITY
  • KBS KOMITED MENANGANI ISU KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN BELIA MENERUSI PROJEK DENGAR RAKAN MUDA
  • KEJOHANAN KBS MASTERS GAMES 2025 6000 PESERTA ANTARA BERUMUR 40- 60 TAHUN
  • Syria Care Sasar Menghantar 2 Kontena Pakaian Musim Sejuk ke Syria Tahun Ini
  • ASEAN Film & TV Summit 2025 – Siri 2
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist