SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Senitv.com

FINAS MELAWAT DAN SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA HAMID GURKHA

FINAS MELAWAT DAN SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA HAMID GURKHA

Azuwa Yusof by Azuwa Yusof
May 9, 2022
in Senitv.com
Reading Time: 1 min read
A A
0
132
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Prof Dr Md Nasir Ibrahim telah melakukan lawatan ke kediaman pelakon veteran tanah air, Hamid Gurkha, 90, pada pagi ini (9 Mei 2022, Isnin).

Lawatan tersebut bertujuan untuk menghargai dan mengiktiraf pelakon-pelakon veteran yang banyak menyumbang kepada industri perfileman tanah air selain daripada menyantuni mereka.

Menurut Prof Dr Md Nasir, FINAS merancang untuk ke Singapura bagi mengadakan lawatan untuk bertemu dan menyantuni seniman dan seniwati veteran iaitu Zaiton, Wahid Satay dan juga Sanisah Huri sebagai usaha menghargai mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Prof Dr Md Nasir Ibrahim ditemu bual ketika melakukan lawatan ke kediaman Hamid Gurkha

Demi menghargai artis-artis veteran di Malaysia dan Singapura, FINAS telah menyediakan satu dana khas di mana dana tersebut akan disampaikan melalui sebuah dokumentari iaitu Bintang Nostalgia.

“Dokumentari ini akan dilakukan secara berfasa yang melibatkan artis-artis veteran daripada tahun 1960-an, 1970-an dan 1980-an,” kata beliau ketika ditemu bual.

Ketua PegawaI Eksekutif FINAS itu turut menyatakan bahawa mereka sentiasa menghulurkan sumbangan serta buah tangan kepada para artis veteran yang mereka ziarahi.

Prof Dr Md Nasir Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada Hamid Gurkha

“Mana-mana artis yang mengalami masalah kesihatan boleh menghubungi FINAS dan kami akan berusaha sedaya upaya kami untuk membantu,” tambah beliau lagi.

Ketika ditemu bual, beliau juga mengulas berkenaan syarat-syarat penggambaran yang dilonggarkan ekoran peralihan ke fasa endemik selain menyatakan bahawa FINAS mahu menggerakkan industri perfileman negara melalui dana yang akan diberikan kepada syarikat-syarikat yang layak.

Bagi menghindari ‘pintu belakang’, beliau berkata bahawa permohonan bagi dana tersebut perlu dilakukan melalui Sistem Pengurusan & Pemantauan Industri Kreatif (SPPIK) bagi menentukan kelayakan syarikat untuk mendapatkan dana.

ShareTweetPin
Previous Post

9 PATI DITAHAN DI PERAIRAN JOHOR SELATAN

Next Post

KEADAAN KESIHATAN HAMID GURKHA MASIH BAIK WALAUPUN KIAN UZUR

Next Post

KEADAAN KESIHATAN HAMID GURKHA MASIH BAIK WALAUPUN KIAN UZUR

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • Sos cili pedas IBU oleh Dato’ Khadijah Ibharim kini menembusi pasaran Berunai
  • 亚洲童星品牌联合共赢发布会
  • Majlis Pelancaran Kerjasama & Pemerkasaan Jenama Asia’s Kids Star
  • BEST OF ASEAN PERFORMING ARTS (BOAPA) 2025 CELEBRATES ASEAN YOUTH TALENT AND CULTURAL UNITY
  • KBS KOMITED MENANGANI ISU KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN BELIA MENERUSI PROJEK DENGAR RAKAN MUDA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist