SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Hiburan

PROGRAM TEATER BAHASA MELAYU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA PERINGKAT KEBANGSAAN 2025

PROGRAM TEATER BAHASA MELAYU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA

SWA TV by SWA TV
October 2, 2025
in Hiburan, Info@swatv, LUAR NEGARA, Nasional, Politik, Senitv.com, SWA TVI, SWA 首 台, Tourism
Reading Time: 2 mins read
A A
0
11
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Program Teater Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Peringkat Kebangsaan 2025 telah berlangsung pada hari Khamis, 25 September 2025 bertempat di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur. Program berprestij ini dianjurkan bahawa kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Persatuan Kebudayaan Han Malaysia (HAN) dan Persatuan Guru Besar SJKC Malaysia.
Pertandingan kali ini menerima penyertaan yang amat menggalakkan dengan melibatkan sebanyak 29 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK Cina) dari seluruh negara, dengan penglibatan seramai 288 orang pelajar. Daripada jumlah tersebut, hanya 16 sekolah terbaik akan melangkah ke pentas akhir bagi merebut gelaran juara kebangsaan.
Apa yang menjadikan pertandingan ini unik ialah semua persembahan teater dipentaskan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu. Usaha ini adalah sebahagian daripada inisiatif menggalakkan penguasaan dan penghayatan bahasa kebangsaan dalam kalangan pelajar SJK Cina, di samping memartabatkan seni teater sebagai medium pembelajaran dan penghayatan budaya yang berkesan.
Menurut pihak penganjur, pertandingan ini bukan sekadar medan mengasah bakat pelajar dalam bidang seni teater, malah ia turut memberi peluang kepada mereka untuk menonjolkan kreativiti, daya imaginasi dan penghayatan terhadap isu-isu masyarakat. Melalui persembahan yang dipentaskan, para pelajar akan menyampaikan mesej pendidikan, moral dan nilai murni yang boleh dijadikan teladan oleh khalayak penonton.
Selain itu, penganjuran pertandingan ini turut berperanan sebagai wadah memperkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Seni teater dijadikan jambatan untuk merapatkan hubungan antara pelajar berbeza latar belakang dengan memanfaatkan Bahasa Melayu sebagai medium komunikasi dan pengantar dalam seni persembahan. Dengan cara ini, kecintaan terhadap bahasa kebangsaan dapat dipupuk sejak di bangku sekolah.

Pertandingan ini juga dilihat sebagai usaha murni dalam memperkasa peranan seni budaya sebagai salah satu bentuk pembelajaran yang kreatif. Seni teater bukan sahaja menghiburkan, tetapi turut berfungsi sebagai medium mendidik, membina keyakinan diri serta melatih keberanian pelajar dalam berkomunikasi di khalayak ramai. Secara tidak langsung, ia menyumbang kepada perkembangan sahsiah dan bakat generasi muda negara.

Program Teater Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Peringkat Kebangsaan 2025 sekali gus menjadi platform penting bagi memperkukuh usaha ke arah memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa budaya dan bahasa perpaduan. Dengan penglibatan aktif 288 pelajar dari 29 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina(SJKC) seluruh negara, pertandingan ini bukan sahaja mengangkat martabat bahasa kebangsaan, malah turut menyerlahkan keindahan dan kekuatan seni teater sebagai warisan budaya yang harus terus dipertahankan.

 

ShareTweetPin
Previous Post

Syira care tukar logo baru

Next Post

国民型华文小学马来语戏剧

Next Post
PROGRAM TEATER BAHASA MELAYU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA PERINGKAT KEBANGSAAN 2025

国民型华文小学马来语戏剧

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • JEJAK SENI BUDAYA MALAYSIA MADANI 2025 BAKAL GEGAR DATARAN KERIS, ALOR GAJAH MELAKA
  • MOTAC AMBIK KIRA TEGURAN PMX
  • RM1 JUTA MENANTI FILEM TERBAIK FFM34
  • MISS M WORLD & M UNIVERSE 2025 × LnR EMPIR
  • HORMATI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, LARANGAN MENGHIDANGKAN ARAK DALAM MAJLIS RASMI BAGI MENJAGA MARUAH ISLAM DAN IDENTITI NEGARA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist