

KLANG, SELANGOR, 25 SEPTEMBER 2026 – Festival Jejak Seni Budaya Malaysia 2026 kembali untuk tahun ketiga dengan membawa misi memperkasakan seni, budaya dan warisan Malaysia menerusi himpunan persembahan seni, aktiviti kebudayaan, pameran serta penglibatan pelbagai agensi kerajaan dan pemain industri kreatif. Festival yang berlangsung dari 24 hingga 27 September 2026 di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang, Selangor ini menjadi platform yang menghimpunkan masyarakat, penggiat seni, pengusaha kraf, usahawan serta pelbagai pihak berkepentingan dalam satu acara yang meraikan kepelbagaian seni dan budaya Malaysia.
PERASMIAN OLEH KSU MOTAC Kemuncak festival ialah Majlis Perasmian Festival Jejak Seni Budaya Malaysia 2026 pada 26 September 2026, yang akan disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha, Kementerian Pelancongan,
Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).


Kehadiran Ketua Setiausaha MOTAC sebagai perasmi memperlihatkan perhatian terhadap usaha memperkukuh penglibatan masyarakat dalam bidang seni, budaya dan warisan, selain menggalakkan kerjasama antara kerajaan, penggiat industri dan komuniti setempat.
Festival ini turut menghimpunkan penyertaan dan kehadiran daripada pelbagai agensi serta organisasi berkaitan, antaranya Tourism Selangor, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Selangor dan Kraftangan Malaysia. Turut mengambil bahagian ialah usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) kraf yang mengetengahkan pelbagai hasil kraftangan dan produk kreatif tempatan.Penglibatan pelbagai pihak ini memberi peluang kepada pengunjung untuk bukan sahaja menikmati persembahan seni, malah mengenali produk kraf, hasil kreativiti dan potensi keusahawanan berasaskan seni serta warisan .


PLATFORM MEMPERKASAKAN SENI DAN BUDAYA
Festival Jejak Seni Budaya Malaysia merupakan sebuah platform yang mempertemukan pelbagai cabang industri seni dan budaya, termasuk penggiat tarian, teater, muzik, persembahan tradisional, seni kreatif, pengusaha kraf serta pemain industri acara.
Antara pengisian festival ialah persembahan seni tradisional dan kontemporari, tarian, muzik serta persembahan kebudayaan pelbagai kaum. Antara tarikan yang diketengahkan ialah persembahan Reog Barongan, yang menampilkan keunikan seni persembahan tradisional kepada masyarakat dan pengunjung festival. Selain persembahan pentas, pengunjung turut berpeluang mengunjungi
ruang pameran dan jualan yang menampilkan hasil kraf serta produk usahawan IKS


TAHUN KETIGA, TERUS BERKEMBANG
Memasuki tahun ketiga penganjurannya, Festival Jejak Seni Budaya Malaysia terus berkembang dengan membawa seni, budaya dan warisan lebih dekat kepada masyarakat. Penganjuran ini juga menjadi sebahagian daripada usaha untuk mewujudkan
ruang yang lebih luas kepada penggiat seni dan budaya, usahawan IKS serta pemain industri kreatif untuk memperkenalkan karya, produk dan kepakaran masing-masing. Menurut penganjur, kesinambungan festival ini penting bagi memastikan seni
dan warisan Malaysia terus dihargai serta diwariskan kepada generasi akan datang.“Festival Jejak Seni Budaya Malaysia memasuki tahun ketiga dan terus berkembang. Penglibatan pelbagai agensi kerajaan, penggiat seni, usahawan IKS kraf dan pemain industri membuktikan bahawa seni dan budaya mempunyai ruang yang besar untuk terus berkembang serta memberi manfaat kepada masyarakat.”Penganjur turut berharap festival ini dapat menjadi platform berterusan untuk memperkenalkan kepelbagaian seni dan budaya Malaysia, di samping membuka peluang jaringan antara penggiat industri, agensi kerajaan, usahawan dan masyarakat.


Festival ini juga menggalakkan golongan muda untuk mengenali, menghargai dan mempromosikan seni serta warisan Malaysia melalui pelbagai pendekatan, termasuk penggunaan media sosial sebagai medium penyebaran kandungan budaya. Dengan sokongan dan penglibatan pelbagai pihak, Festival Jejak Seni Budaya Malaysia diharapkan dapat terus berkembang pada masa hadapan
serta diperluaskan ke lebih banyak lokasi di seluruh negara.
Festival Jejak Seni Budaya Malaysia 2026 berlangsung dari 24 hingga 27September 2026 di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang, Selangor, dengan Majlis Perasmian pada 26 September 2026. WARISAN KITA, BUDAYA KITA
Untuk pertanyaan media dan maklumat lanjut:
Persatuan Pengurusan Acara Budaya dan Warisan Malaysia (PABWAM)
E-mel: pabwam@gmail.com
#JejakSeniBudayaMalaysia #jsbm #jejaksenibudaya #pabwam #visitmalaysia
#mymotac



