SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

DOL SAID DI ANGKAT MENJADI TEATER MUZIKAL

DOL SAID DI ANGKAT MENJADI TEATER MUZIKAL

SWA TV by SWA TV
October 6, 2026
in Info@swatv, PERSATUAN WARISAN ARTISTIK DIGITAL MALAYSIA, Senitv.com
Reading Time: 4 mins read
A A
0
13
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Naskhah karya Raja Azrey satukan sejarah, muzik, lakonan dan visual untuk membawa kisah perjuangan Dol Said ke pentas Kisah perjuangan Dol Said dan masyarakat Naning bakal dihidupkan kembali melalui sebuah pementasan yang menggabungkan sejarah, drama, muzik, nyanyian, koreografi dan
visual pentas menerusi Teater Muzikal “Dol Said: Pahlawan Naning”.
Pementasan ini akan berlangsung pada 9 dan 10 Oktober 2026, jam 8.30 malam di Panggung Seri JKKN Melaka. Naskhah ini merupakan karya yang ditulis, diterbitkan dan diarahkan oleh Raja Azrey bin Raja Kamaruzzaman, menerusi Pondok Karya Kreatif Venture. Bagi Raja Azrey, Dol Said: Pahlawan Naning bukan sekadar usaha menceritakan kembali satu peristiwa sejarah, sebaliknya merupakan sebuah usaha untuk menghidupkan jiwa, emosi dan konflik manusia yang berada di sebalik sejarah perjuangan Naning. “Saya tidak mahu Dol Said hanya dilihat sebagai satu nama dalam buku sejarah. Saya mahu penonton mengenali manusia di sebalik nama itu — perjuangannya, maruahnya, tanggungjawabnya terhadap masyarakat serta harga yang perlu dibayar apabila
seseorang memilih untuk mempertahankan tanah dan amanahnya.”

Sejarah diterjemahkan melalui bahasa muzikal
Keistimewaan naskhah ini terletak pada pendekatan yang menggabungkan penceritaan sejarah dengan bahasa teater muzikal. Lagu, muzik, dialog, lakonan, koreografi dan visual tidak digunakan sebagai elemen sampingan semata-mata, tetapi menjadi sebahagian daripada perjalanan cerita. Melalui pendekatan tersebut, penonton dibawa menyelusuri dunia Naning daripada kehidupan masyarakat dan kepimpinan tempatan sehinggalah kepada tekanan kuasa British
serta konflik yang membawa kepada perjuangan Dol Said. Naskhah ini turut mengetengahkan persoalan mengenai maruah, amanah, kesetiaan, persaudaraan, pengorbanan dan keberanian mempertahankan tanah

“Muzikal memberi ruang kepada kita untuk bercerita dengan cara yang lebih emosional. Ada perkara yang boleh disampaikan melalui dialog, tetapi ada emosi yang lebih kuat apabila ia diterjemahkan melalui lagu, muzik dan pergerakan.” Menurut Raja Azrey, cabaran menghasilkan karya sejarah adalah untuk mencari keseimbangan antara latar sejarah dengan keperluan dramatik sebuah naskhah pentas. Sejarah menjadi asas, manakala teater memberikan ruang untuk penonton menyelami watak dan emosi yang berada di sebalik peristiwa tersebut.

NASIR BILAL KHAN KEMBALI KE PENTAS


Antara daya tarikan utama pementasan ini ialah kemunculan Nasir Bilal Khan sebagai Dol Said Tua. Selepas sekian lama tidak terlibat dalam pementasan teater, kepulangan Nasir Bilal Khan ke pentas menerusi naskhah ini menjadi satu detik yang cukup bermakna buat produksi. Beliau akan bergandingan dengan pereka terkenal A. Aris Kadir sebagai Dol Said Muda, selain barisan pelakon seperti Ani Maiyuni, Lando Zawawi, Man Raja Lawak, Wan Raja,
Riez Radzi, Ucop Zaidey, Hairie Mohamad, Hery Sejagat dan Najip Rahim.

“Saya sangat menghargai kesediaan Nasir Bilal Khan untuk kembali ke pentas. Beliau membawa pengalaman dan jiwa seorang pelakon yang sangat besar. Apabila digabungkan dengan pelakon-pelakon lain, saya percaya setiap watak akan memberikan warna tersendiri kepada perjalanan cerita ini.”

PENGHARGAAN KEPADA RAKAN DAN PIHAK YANG MENYOKONG PRODUKSI
Dalam kesempatan ini, pihak produksi Pondok Karya Kreatif Venture ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan, kerjasama dan ruang kepada produksi Dol Said: Pahlawan Naning untuk direalisasikan. Penghargaan khusus ditujukan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) atas sokongan menerusi Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK) yang membantu menjayakan pelaksanaan produksi ini

GSSK merupakan inisiatif MOTAC bagi menyokong pemerkasaan, pemuliharaan dan pembangunan sektor kebudayaan negara melalui pelaksanaan program dan aktiviti seni, budaya dan warisan. “Kami amat menghargai sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melalui Geran Sokongan Sektor Kebudayaan. Sokongan sebegini amat bermakna kepada penggiat seni kerana ia memberikan ruang kepada karya-karya berteraskan sejarah, seni dan budaya untuk terus dihasilkan dan dipersembahkan kepada masyarakat.”
Penghargaan turut ditujukan kepada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka selaku rakan strategik yang memberikan sokongan dan kerjasama dalam merealisasikan pementasan ini, termasuk penggunaan Panggung Seri JKKN Melaka sebagai lokasi persembahan.Begitu juga Dewan Bahasa Dan Pustaka ( DBP) Pihak produksi turut merakamkan penghargaan kepada Malaysia Tourism Centre (MATIC) yang menyediakan ruang latihan kepada produksi sepanjang tempoh persediaan dan latihan.
“Produksi seperti ini tidak mungkin dapat digerakkan seorang diri. Ia memerlukan gabungan tenaga, ruang, kepakaran, sokongan dan kepercayaan daripada banyak pihak. MOTAC melalui GSSK, JKKN Melaka sebagai rakan strategik, MATIC masing-masing memainkan peranan yang sangat bermakna dalam perjalanan produksi ini.”
“Kami melihat gabungan dan kerjasama ini sebagai satu contoh bagaimana penggiat seni, agensi kerajaan, badan seni serta institusi berkaitan dapat bergerak bersama untuk mengangkat karya seni dan sejarah tempatan.”

DOL SAID: PAHLAWAN NANING SEBUAH KARYA UNTUK GENERASI
Melalui pementasan ini, produksi berharap kisah Dol Said dan Naning dapat diperkenalkan kepada penonton daripada pelbagai generasi dalam bentuk persembahan yang lebih dekat, hidup dan mudah dirasai.
Naskhah ini bukan sekadar membawa penonton melihat peperangan dan konflik, tetapi turut mengajak mereka melihat nilai manusia di sebalik sejarah tentang bagaimana seseorang pemimpin berdepan dengan tekanan, bagaimana masyarakat mempertahankan tanah mereka dan bagaimana keputusan yang dibuat oleh seseorang boleh meninggalkan kesan kepada generasi selepasnya.
“Harapan saya mudah. Selepas menonton teater ini, penonton bukan sahaja mengingati nama Dol Said, tetapi mereka pulang dengan rasa ingin tahu untuk mengenali sejarah Naning dengan lebih mendalam.”

TEATER MUZIKAL DOL SAID: PAHLAWAN NANING
Tarikh: 9 & 10 Oktober 2026
Masa: 8.30 malam
Lokasi: Panggung Seri JKKN Melaka
Penerbit, Penulis & Pengarah:
YM Raja Azrey bin Raja Kamaruzzaman
Penerbitan:
Pondok Karya Kreatif Venture
Barisan Pelakon
Nasir Bilal Khan – Dol Said Tua
A. Aris Kadir – Dol Said Muda
Ani Maiyuni – Isteri Dol Said
Lando Zawawi – Gabenor Ibbetson
Man Raja Lawak – Yamtuan Ali Rembau
Wan Raja – Captain Wyllie
Riez Radzi – Syed Syaaban
Ucop Zaidey – Penghulu Linggi
Hairie Mohamad – Panglima Naning
Hery Sejagat – Panglima Naning
Najip Rahim – Pembesar Rembau
serta barisan ensemble dari PERKASE TARI

TIKET
Gold – RM50 + Gift
Open Seat – RM25
Tempahan tiket:
017-848 0907 / 013-262 0324

ShareTweetPin
Previous Post

MHLife 2026 RAIKAN KEPELBAGAIAN GAYA HIDUP DAN PELANCONGAN MESRA MUSLIM MALAYSIA

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • DOL SAID DI ANGKAT MENJADI TEATER MUZIKAL
  • MHLife 2026 RAIKAN KEPELBAGAIAN GAYA HIDUP DAN PELANCONGAN MESRA MUSLIM MALAYSIA
  • Malaysia Arts and Cultural Trail Festival 2026 Highlights Arts, Culture, and Heritage in Klang
  • FESTIVAL JEJAK SENI BUDAYA MALAYSIA 2026 ANGKAT SENI, BUDAYA DAN WARISAN DI KLANG
  • BUAT PERTAMA KALINYA FELDA DAN PERKESO PERKUKUH JARINGAN PERLINDUNGAN SOSIAL, PERKASA KESEJAHTERAAN KOMUNITI FELDA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist