SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Hiburan

FDAM INGIN HENTIKAN CAMPUR TANGAN STESEN TV DALAM PEMILIHAN PENGARAH DAN HIDUPKAN SEMULA PADU CITRA

FDAM INGIN HENTIKAN CAMPUR TANGAN STESEN TV DALAM PEMILIHAN PENGARAH DAN HIDUPKAN SEMULA PADU CITRA

Azuwa Yusof by Azuwa Yusof
January 2, 2022
in Hiburan
Reading Time: 2 mins read
A A
0
112
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

HULU KELANG: Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dalam Mesyuarat Agung Tahunan Ke-24 FDAM yang berlangsung di Pawagam Mini P. Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) pada 31 Disember 2021 bercadang untuk menghentikan campur tangan stesen televisyen (TV) dalam pemilihan pengarah dan menghidupkan semula program Padu Citra.

Menurut Presiden FDAM, Dr. Ahmad Ibrahim, Majlis Kerja persatuan itu akan merangka resolusi agar kedua-dua isu itu dapat dibawa kepada pihak berkenaan.

Ahmad Ibrahim berucap ketika Mesyuarat Agung Tahunan Ke-24 FDAM berlangsung

Beliau berkata bahawa isu campur tangan stesen TV ke atas penerbitan drama bersiri dan cereka TV telah berlarutan sejak dua dekad yang lalu tanpa ada sebarang penentangan oleh mana-mana pihak lantaran bimbang akan kehilangan peluang mendapatkan slot program.

“Sesetengah stesen sudah berani melebihi kuasa pengarah sehingga penerbit pun tidak mampu menentang. Apa yang dilakukan oleh sesetengah stesen sudah melampau. Mereka sanggup memaksa penerbit menukar pengarah jika kehendak stesen seperti pemilihan pelakon utama tidak dipersetujui oleh pengarah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sekitar Mesyuarat Agung Tahunan Ke-24 FDAM

Ahmad berkata stesen terbabit bertindak demikian kerana terlalu menurut kehendak pengiklan dan penaja yang hanya mementingkan jualan tanpa memikirkan soal mutu sesuatu penerbitan.

Katanya, FDAM memandang berat isu berkenaan kerana campur tangan yang berlebihan akan juga menjejaskan imej pengarah yang merupakan tonggak sesebuah penerbitan.

Menurut beliau, FDAM yang menaungi lebih 1,500 ahli akan memastikan hubungan mesra antara persatuan itu dengan stesen dan penerbit sentiasa dipupuk demi kemajuan industri kreatif negara.

Ahli-ahli FDAM menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-24 FDAM di Pawagam Mini P. Ramlee, FINAS

Padu Citra yang ditunjangi FDAM, Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia dan Persatuan Seniman Malaysia telah ditamatkan oleh pengurusan terdahulu FINAS tanpa sebarang perbincangan.

Presiden persatuan itu berkata bahawa FDAM akan mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Ketua Pegawai Eksekutif FINAS bagi memohon pertimbangan FINAS untuk menghidupkan semula Padu Citra.

“Program Padu Citra yang ditunjangi FDAM, Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia dan Persatuan Seniman Malaysia ditamatkan oleh pengurusan terdahulu FINAS tanpa sebarang perbincangan dengan kami. Kami berharap FINAS akan menghidupkan kembali program itu bagi memastikan penerbitan filem dan program TV diserahkan kepada karyawan yang berkelayakan dan berkemahiran daripada tiga persatuan utama yang menaungi pengarah, kru dan pelakon,” katanya.

 

ShareTweetPin
Previous Post

BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA ANTARA FOKUS UTAMA OLEH PERDANA MENTERI DALAM PERUTUSAN SEMPENA TAHUN BAHARU 2022

Next Post

KASA RAMAL FENOMENA AIR PASANG BESAR DI 4 NEGERI HINGGA RABU

Next Post
KASA RAMAL FENOMENA AIR PASANG BESAR DI 4 NEGERI HINGGA RABU

KASA RAMAL FENOMENA AIR PASANG BESAR DI 4 NEGERI HINGGA RABU

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • Menyalakan Masa Depan Malaysia di peringkat Antarbangsa
  • 海南旅游文化推广交流活动(吉隆坡) (新闻通稿)
  • Hainan Tourism and Culture Promotion Event Successfully Held in Kuala Lumpur, Ushering in a New Chapter of Bilateral Cooperation
  • PRODUK TERBAHARU TEKNOLOGI B.A.S.E. INOVASI & TEKNOLOGI TEMPATAN MENINGKATKAN PENGELUARAN PADI NEGARA
  • FELDA SERAH PELAN STRATEGIK DAN HALA TUJU KUMPULAN FELDA 2025-2030
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist