SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA ANTARA FOKUS UTAMA OLEH PERDANA MENTERI DALAM PERUTUSAN SEMPENA TAHUN BAHARU 2022

BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA ANTARA FOKUS UTAMA OLEH PERDANA MENTERI DALAM PERUTUSAN SEMPENA TAHUN BAHARU 2022

Asraf Zin by Asraf Zin
January 1, 2022
in Info@swatv
Reading Time: 2 mins read
A A
0
Ikhsan RTM

Ikhsan RTM

5
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Selain daripada isu ketidakstabilan politik dan COVID-19 yang melanda negara kini, Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob juga tidak ketinggalan dalam mengetengahkan isu bencana banjir yang melanda negara pada penghujung tahun 2021.

Menurut Dato’ Sri Ismail Sabri, bencana banjir yang yang agak luar biasa terutama di negeri Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan beberapa negeri lain telah memusnahkan harta benda dan turut menyebabkan kehilangan nyawa.

Sedar akan cabaran berat yang terpaksa digalas oleh mangsa-mangsa banjir pada beberapa bulan mendatang, Kerajaan akan sentiasa memberikan bantuan dalam usaha meringankan beban mangsa-mangsa banjir yang terjejas teruk.

“Kerajaan ini komited untuk memastikan bantuan-bantuan yang bakal disalurkan akan ditambah baik supaya lebih menyeluruh dan dapat segera disampaikan kepada mereka yang memerlukan,” ucap Dato’ Sri Ismail Sabri dalam perutusan sempena tahun baharu 2022.

Antara Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang diumumkan oleh Perdana Menteri adalah Bantuan Wang Ihsan (atau BWI) sebanyak RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah berbanding RM500 sebelum ini.

“Bantuan ini bakal memanfaatkan lebih 45 ribu Ketua Isi Rumah dan setakat hari ini, seramai 20 ribu Ketua Isi Rumah telah menerima bantuan ini,” Kata Perdana Menteri.

Selain itu, baucar tunai sebanyak RM500 turut diberikan kepada mangsa banjir bagi pembelian barangan elektrik yang rosak akibat bencana banjir.

Menurut Dato’ Sri Ismail Sabri, pembelian boleh dibuat di premis atau di platform e-dagang yang diiktiraf oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bermula 7 Januari 2022.

Sementara itu, Kerajaan juga akan menyediakan bantuan tunai sehingga RM5,000 bagi setiap keluarga untuk kerja-kerja pembaikan rumah kepada mangsa banjir yang mengalami kerosakan kediaman yang tidak serius.

“Bagi Kerosakan serius, Kerajaan sendiri akan mengurus baik pulih rumah dengan kos sehingga RM15,000. Manakala, bagi rumah yang musnah dan tidak boleh diduduki, Kerajaan akan membantu sehingga kos RM56,000 setiap unit rumah dibina baru.”

“Keseluruhan pemberian tunai kepada mangsa boleh mencecah RM10,000 bagi setiap Ketua Isi Rumah. Inilah usaha Kerajaan untuk mengurangkan bebanan rakyat tanpa perlu mengeluarkan wang simpanan KWSP,” kata Perdana Menteri lagi dalam perutusan sempena tahun baharu 2022 di sini, semalam.

Dengan adanya usaha yang berterusan daripada Kerajaan, ini membolehkan pencarum dapat mengekalkan simpanan mereka dan menikmati dividen tahunan sekitar 5% sekaligus pencarum boleh merancang masa depan selepas bersara.

ShareTweetPin
Previous Post

PENGUSAHAAN PELANCONGAN BERLESEN DAN PEMANDU PELANCONG BERLESEN DIBERI KELONGGARAN HAL BERKAITAN KOMPAUN

Next Post

FDAM INGIN HENTIKAN CAMPUR TANGAN STESEN TV DALAM PEMILIHAN PENGARAH DAN HIDUPKAN SEMULA PADU CITRA

Next Post
FDAM INGIN HENTIKAN CAMPUR TANGAN STESEN TV DALAM PEMILIHAN PENGARAH DAN HIDUPKAN SEMULA PADU CITRA

FDAM INGIN HENTIKAN CAMPUR TANGAN STESEN TV DALAM PEMILIHAN PENGARAH DAN HIDUPKAN SEMULA PADU CITRA

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • KARNIVAL DURIAN RIVER OF LIFE LEMBAH SAHOM KEMBALI LAGI, BAKAL DIANJURKAN PADA 2 & 3 JULAI 2022

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • DATIN LYNDA GHAZZALI RAI WANITA MENOPAUSE DI KEDIAMAN BELIAU

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • TEMASYA BUDAYA @ NEGERI PERAK TARIK MASYARAKAT KENAL LEBIH DEKAT KESENIAN PELBAGAI KAUM NEGERI PERAK
  • Percubaan Kerajaan Negeri Selangor Untuk Mencipta Rekod Baharu di Dalam Malaysia Book of Records
  • PROGRAM JOM BACA @CHADAK MEMUPUK BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN MASYARAKAT ORANG ASLI
  • BULAN PELANCONGAN ISLAM (ITM 2023): MERAIKAN PENGALAMAN PELANCONGAN MESRA MUSLIM DI MALAYSIA
  • PESTA TEATER RUNCIT SEBUAH PERTANDINGAN TEATER PENDEK ANJURAN FAKULTI TEATER ASWARA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2021

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2021

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist