KUALA LUMPUR – Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang dilancarkan pada Khamis merupakan persediaan dan tindakan yang diambil bagi mempersiapkan Keluarga Malaysia dalam mendepani dan mengharungi fasa endemik COVID-19, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, ANMS bertujuan membudayakan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan Keluarga Malaysia, di samping berusaha menjadikan Keluarga Malaysia sihat sejahtera sepanjang hayat.
Katanya, agenda itu merupakan pakej kesejahteraan kesihatan yang diteliti, dirancang dan seterusnya diperkenalkan oleh kerajaan melalui Kementerian Kesihatan sebagai peneraju utama, dan disertai secara langsung oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di samping penglibatan kementerian atau agensi kerajaan yang lain.
“Agenda ANMS dilaksanakan untuk tempoh 10 tahun, iaitu mulai 2021 hingga 2030. Pelaksanaannya dibahagikan kepada dua penggal; iaitu penggal pertama bermula pada 2021 sehingga 2025, dan penggal kedua pula bermula pada 2026 dan akan berakhir pada 2030,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan ANMS yang disiarkan menerusi program Selamat Pagi Malaysia di saluran TV 1 pada Khamis.

SUMBER: BERITA HARIAN