SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

DEWAN PERNIAGAAN MELAYU GESA PELAN ANTI RASUAH NASIONAL DIKUATKUASAKAN SERTA MERTA

DEWAN PERNIAGAAN MELAYU GESA PELAN ANTI RASUAH NASIONAL DIKUATKUASAKAN SERTA MERTA

Asraf Zin by Asraf Zin
January 24, 2022
in Info@swatv
Reading Time: 2 mins read
A A
0
Barisan pimpinan DPMM bersama pemimpin NGO Melayu lain pada sidang media sempena majlis ramah mesra

Barisan pimpinan DPMM bersama pemimpin NGO Melayu lain pada sidang media sempena majlis ramah mesra

68
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dalam satu kenyataan menggesa agar Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) yang telah dirangka oleh GIACC (Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Malaysia) dapat dikuatkuasakan dengan serta merta.

Hal ini bertujuan untuk memerangi gejala rasuah secara besar-besaran hingga ke akar umbi dalam kerajaan pimpinan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob.

Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Abdul Halim bin Husin dalam kenyataannya mengakui bahawa pelan tindakan atau halatuju membangun ekonomi negara tidak akan berjaya mencapai sasarannya selagi mana jenayah rasuah tidak dibendung dengan segera.

“Dalam tempoh 10 tahun antara 2005-2014 sahaja, negara kita telah kehilangan hampir RM2 trillion-ringgit daripada aliran wang yang tidak sah dan kita percaya angka ini sudah semakin bertambah sekarang,” katanya.

Abdul Halim dalam kenyataan yang sama turut mengakui bahawa berlakunya kenaikan kos sara hidup yang tinggi pada hari ini merupakan hasil daripada amalan rasuah di setiap peringkat rantaian perolehan kerajaan.

“63.3% aduan rasuah melibatkan sektor awam, justeru unjuran ratusan bilion ringgit yang diperuntukkan dalam perolehan kerajaan yang sepatutnya menjana infrastruktur dan perkhidmatan yang lebih baik sebahagiannya akan masuk ke poket perasuah dan tidak akan sampai kepada rakyat,” ujarnya.

Sementara itu, bagi memastikan gejala rasuah dan politik wang ini dapat dibendung, NACP telah mencadangkan beberapa tindakan proaktif antaranya ialah memperluaskan penempatan Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) di semua Badan Berkanun, Syarikat Milik Kerajaan (SOEs) dan Syarikat Terhad Dengan Jaminan (CLBG) yang ditubuhkan oleh kerajaan.

Selain itu, NACP juga turut memperuntukkan hukuman penjara minimum 14 hari kepada Akta 694 yang dilihat tidak kuat selain turut mencadangkan ketelusan dalam pengisytiharan asset dan dasar pengurusan hadiah oleh Ahli Pentadbiran (termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri).

“Dewan Melayu yakin dan percaya sekiranya YAB Perdana Menteri lebih bertegas dalam membendung rasuah dan terus komited untuk mengambil langkah-langkah yang lebih drastik terhadap penjenayah rasuah, rakyat pasti akan berdiri teguh bersama-sama beliau,” kata Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).

ShareTweetPin
Previous Post

TUN DR MAHATHIR SEMAKIN STABIL – DATIN MARINA

Next Post

TONTONAN PERCUMA 17 SALURAN UNTUK PELANGGAN ASTRO BERMULA 29 JANUARI HINGGA 6 FEBRUARI

Next Post
TONTONAN PERCUMA 17 SALURAN UNTUK PELANGGAN ASTRO BERMULA 29 JANUARI HINGGA 6 FEBRUARI

TONTONAN PERCUMA 17 SALURAN UNTUK PELANGGAN ASTRO BERMULA 29 JANUARI HINGGA 6 FEBRUARI

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • Menyalakan Masa Depan Malaysia di peringkat Antarbangsa
  • 海南旅游文化推广交流活动(吉隆坡) (新闻通稿)
  • Hainan Tourism and Culture Promotion Event Successfully Held in Kuala Lumpur, Ushering in a New Chapter of Bilateral Cooperation
  • PRODUK TERBAHARU TEKNOLOGI B.A.S.E. INOVASI & TEKNOLOGI TEMPATAN MENINGKATKAN PENGELUARAN PADI NEGARA
  • FELDA SERAH PELAN STRATEGIK DAN HALA TUJU KUMPULAN FELDA 2025-2030
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist