KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Malaysia , Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berada dalam keadaan yang sudah stabil dan memberi tindak balas yang baik kepada rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) .
Berita ini disahkan sendiri oleh anaknya , Datin Paduka Marina Mahathir dalam satu kenyataan ringkas petang semalam , dan turut memaklumkan bapanya telah ditempatkan di IJN sejak Khamis lalu .
“Sejak dua hari lalu , Tun Dr Mahathir Mohamad dirawat di IJN lanjutan prosedur elektif yang berjaya dilaksanakan pada 8 Januari 2022 .
“Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan keluarga memohon agar rakyat mendoakan supaya beliau segera sembuh sepenuhnya , ” katanya .
Bukan itu sahaja , Perdana Menteri , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut berkesempatan menziarahi bekas pemimpin negara itu , petang semalam .
Menurut akaun Twitter rasmi miliknya , beliau juga bertemu dengan Tun Dr Siti Hasmah di IJN , dan mendoakan supaya keluarga Tun Dr Mahathir Mohamad terus tabah dalam menghadapi ujian yang melanda keluarga mereka .