JOHOR BAHRU: Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Terdahulu, Baginda Tuanku Sultan berkenan menerima mengadap Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad pada pukul 5 petang di Istana Bukit Serene di sini, pada hari ini (22 Januari)
Turut berangkat sama iaitu DYMM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Selepas Sabah, Melaka dan Sarawak yang sebelum ini mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN), kini tiba pula giliran negeri Johor untuk mengadakannya dengan merujuk kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tarikh pelaksanaannya.
Sementara itu, pada pertemuan bersama Baginda Tuanku Sultan, Datp’ Hasni turut diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dato’ Azmi Rohani yang kemudiannya mempersembahkan watikah pembubaran Dewan Negeri Johor.
Merujuk kepada Fasal 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895, ini menjadikan Dewan Negeri Johor Darul Ta’zim yang ke-14 termansuh pada hari ini (22 Januari)