KUALA LUMPUR: Pihak Astro dalam satu hantaran di laman rasmi Facebook hari ini amat berbesar hati memberikan tontonan komplimentari bagi semua saluran filem & Korea bermula 29 Januari hingga 6 Februari ini sebagai penghargaan atas kemenangannya di Putra Brand Awards 2021.
Antaran 17 saluran percuma yang boleh dinikmati oleh pelanggan adalah HBO, HBO Family, HBO Hits, HUU Action, Cinemax, Showcase Movies, Astro Citra, Astro Box Office Movies, Thangathirai, Astro Box Office Bollyone HD, Hits Movie, Celestial Movies, tvN Movies, BOO, K-Plus, tvN dan Oh!K.
Selain itu, pelanggan Astro juga boleh nikmati potongan sebanyak RM10 bagi pembelian Go Shop bermula hari ini (24 Januari) sehingga 6 Februari dengan menggunakan kod PUTRATQ10, tertakluk pada terma dan syarat.
Sumber Foto: Facebook rasmi Astro