SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN GAGASAN EKONOMI DAN WARISAN NUSANTARA: DEWAN MELAYU YAKIN POTENSI EKONOMI YANG BAKAL DIRAIH

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN GAGASAN EKONOMI DAN WARISAN NUSANTARA: DEWAN MELAYU YAKIN POTENSI EKONOMI YANG BAKAL DIRAIH

SWA TV by SWA TV
October 20, 2021
in Info@swatv
Reading Time: 1 min read
A A
0
61
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Sejarah baru dunia persilatan tanah air telah tercipta pada hari ini, 18 Oktober 2021 dengan termeterainya memorandum persefahaman tiga-hala melibatkan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSGM) dan Silat Sunda Institute (ISS) Indonesia yang dikenali sebagai
Gagasan Ekonomi dan Warisan Nusantara atau Nusantara Heritage & Economic Alliance (NHEA).

Majlis MOU ini telah dilangsungkan secara maya dengan disaksikan oleh wakil Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia merangkap Ketua Pengarah, Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Tuan Haji Mesran Bin Mohd Yusop.

Tujuan Memorandum ini diadakan adalah bagi menghimpun komuniti persilatan dari pelbagai disiplin seluruh Nusantara bagi menggembeling upaya memacu ekonomi disamping mengangkat martabat warisan khususnya seni silat dan pencak silat yang telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai Warisan Budaya Dunia Yang Tidak Ternilai.

Antara bentuk kerjasama yang bakal dilaksanakan termasuklah kajian-kajian sosioekonomi mengenai latarbelakang silat dan hubungkaitnya dengan kekuatan ekonomi wilayah Nusantara, serta kajian pasaran untuk produk serta jenama-jenama berkaitan silat, mengadakan aktiviti-aktiviti promosi termasuk menganjurkan pertandingan silat gaya bebas pelbagai disiplin, menganjurkan konvensyen ekonomi dan warisan serantau serta membentuk pasukan pendesak untuk mengangkat silat sebagai acara tetap di kejohanan sukan Olimpik yang akan datang.

Tidak dinafikan bahawa sektor pelancongan dan kebudayaan memainkan peranan mustahak dalam pembangunan ekonomi khususnya tatkala negara dan rantau Asia Tenggara sudah mulai bebas daripada kekangan pandemik COVID-19. Aktiviti-aktiviti yang bakal berlangsung sudah tentu dapat menggalakkan pelancongan domestik dan serantau, termasuklah usaha-usaha mempromosi produk-produk serta destinasi warisan yang kini semakin dilupakan.

Dalam ucapannya, Haji Abdul Halim Husin yang mewakili Dewan Perniagaan Melayu Malaysia selaku sekretariat NHEA menggesa kerjasama yang lebih utuh diantara agensi kerajaan dalam menyokong usaha NHEA menjadikan silat sebagai instrumen utama pembentukan sahsiah serta jati diri warganegara, juga sebagai pemangkin kegiatan ekonomi serta menjadikannya modul wajib di sekolah-sekolah, badan-badan kerajaan serta agensi keselamatan dan pertahanan Negara.

ShareTweetPin
Previous Post

PENGUMUMAN HARGA LANTAI PENGERJAAN IBADAH UMRAH DAN PENETAPAN SYARAT PENGIKLANAN PAKEJ UMRAH

Next Post

ANUGERAH TOKOH UTAMA MAULIDUR RASUL MILIK MUSTAPHA OTHMAN

Next Post

ANUGERAH TOKOH UTAMA MAULIDUR RASUL MILIK MUSTAPHA OTHMAN

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • – KL CAR FREE MORNING (ISTIMEWA RUN) PERINGKAT WP KUALA LUMPUR 2025
  • PENGKUATKUASAAN TERHADAP ENTITI YANG BERKAITAN DENGAN KEMALANGAN BAS PERSIARAN MELIBATKAN PELAJAR UPSI
  • 媒体报道 旅游、艺术与文化部 对涉及UPSI学生的广播巴士事故采取执法行动
  • YB TMA Hadiri Pelancaran Pusat Kecemerlangan Penyelidikan & Inovasi Ekonomi Islam (i-RISE) di Sasana Kijang, Bank Negara
  • 首相署(宗教事务)部新闻稿:YAPEIM AL-FALAH 祭祀:全国126个地点共计145头牛,受益人数超过6万
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist