SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

PENGUMUMAN HARGA LANTAI PENGERJAAN IBADAH UMRAH DAN PENETAPAN SYARAT PENGIKLANAN PAKEJ UMRAH

PENGUMUMAN HARGA LANTAI PENGERJAAN IBADAH UMRAH DAN PENETAPAN SYARAT PENGIKLANAN PAKEJ UMRAH

SWA TV by SWA TV
October 17, 2021
in Info@swatv, Tourism
Reading Time: 2 mins read
A A
0
69
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

17 Oktober 2021 – YAB Perdana Menteri Malaysia pada 15 Oktober 2021 telah mengumumkan kebenaran bagi pergerakan Keluarga Malaysia ke luar negara untuk mengerjakan umrah bermula 18 Oktober 2021 yang mana tentunya satu berita yang sangat ditunggu-tunggu oleh umat islam di negara ini. Selama dua (2) tahun ibadah umrah tidak dapat dilakukan akibat penutupan sempadan negara dan larangan oleh negara Arab Saudi untuk mengerjakan haji dan umrah kepada semua negara. Pengumuman ini juga tentunya disambut dengan gembira oleh 444 buah syarikat pengendali umrah yang berlesen di bawah Kementerian ini.

Walau bagaimanapun, selaras dengan Peraturan 6(1A)(a), Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] yang mana menyatakan ‘Pengendali pelancongan berlesen tidak boleh mengiklankan pakej yang ditawarkan tanpa kelulusan Pesuruhjaya Pelancongan’. Sehubungan itu, sebagai salah satu inisiatif untuk menangani kes-kes penipuan pakej umrah, Kementerian ini telah mewajibkan agar mana-mana syarikat yang dilesenkan untuk memohon kebenaran bagi mengiklankan promosi umrah. Kementerian telah mengadakan sesi libat urus bersama-sama dengan persatuan-persatuan pengendali umrah iaitu PAPUH, MATTA DAN BUMITRA untuk membantu pihak MOTAC merangka dan memperhalusi isu pengiklanan umrah ini. Berdasarkan sesi-sesi libat urus yang telah dijalankan, persatuan-persatuan berkaitan memahami dan menyokong inisiatif yang dilaksanakan oleh MOTAC demi memelihara kepentingan Keluarga Malaysia dan juga pemain industri umrah itu sendiri.

Sehingga kini, Kementerian ini telah menerima sebanyak 31 permohonan iklan. Setiap iklan yang diluluskan akan diberikan Nombor Siri Khas iklan umrah yang perlu dipaparkan di iklan-iklan yang akan dipromosi. Ini bertujuan untuk membantu Kementerian ini mengenalpasti iklan-iklan haram pakej umrah. Borang permohonan iklan ini boleh di muat turun daripada laman web rasmi Kementerian di www.motac.gov.my.

Kementerian juga telah berbincang dengan persatuan-persatuan berkenaan bagi menetapkan harga lantai umrah yang mana penetapan kali terakhir ialah pada tahun 2016 iaitu pada paras harga RM4,900.00. Walau bagaimanapun, selaras dengan perkembangan semasa, terdapat peningkatan kos memandangkan pelaksanaan SOP sama ada di pihak Arab Saudi atau di pihak kerajaan Malaysia. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi peningkatan kos adalah bilangan kapasiti di dalam bilik penginapan di Arab Saudi, kapasiti pergerakan pengangkutan yang membenarkan 50% dari jumlah kapasiti sebenar dan pengurusan mutawif serta ujian swab COVID-19. Harga Lantai yang telah dipersetujui untuk pengerjaan umrah untuk 12 hari dan 10 malam ialah RM6,900.00. Harga Lantai akan disemak semula apabila wabak COVID-19 diisytiharkan berakhir dan keadaan sudah kembali normal yang mana kekangan SOP tidak lagi dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi.

Harga ini juga merupakan panduan bagi pihak Kementerian dalam melaksanakan pemantauan terhadap industri umrah manakala orang ramai boleh menjadikannya sebagai panduan dalam membuat pertimbangan dalam memilih syarikat mana yang sesuai dengan bajet mereka. Orang ramai boleh mengambil langkah berhati-hati jika didapati harga yang ditawarkan terlalu rendah atau terlalu tinggi daripada yang telah ditetapkan bagi mengelak kes-kes penipuan pakej umrah. Orang ramai boleh menghubungi pejabat MOTAC negeri atau melayari laman web rasmi MOTAC bagi mengenalpasti syarikat-syarikat yang telah dilesenkan.

ShareTweetPin
Previous Post

REDZA ROSLI SENTIASA ADA UNTUK SHARIFAH ROSE…

Next Post

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN GAGASAN EKONOMI DAN WARISAN NUSANTARA: DEWAN MELAYU YAKIN POTENSI EKONOMI YANG BAKAL DIRAIH

Next Post

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN GAGASAN EKONOMI DAN WARISAN NUSANTARA: DEWAN MELAYU YAKIN POTENSI EKONOMI YANG BAKAL DIRAIH

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • BENGKEL KREATIF OKU VOCAL DAN LAKONAN ASAS (DRAMA RADIO) DISEMPURNAKAN OLEH TIMBALAN MENTERI KOMUNIKASI YB TEO NIE CHING
  • BENGKEL KREATIF OKU VOCAL DAN LAKONAN ASA( DRAMA RADIO) E-BRILLE UNTUK OKU BUTA
  • KEMERIAHAN SAMBUTAN HARI WILAYAH PERSEKUTAN BERSAMA MENYANTUI WARGA SETEMPAT
  • JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN DAN PEKESO MEMERIAHKAN HARI WILAYAH 2026
  • JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN DAN PEKESO MEMERIAHKAN HARI WILAYAH 2026
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist