SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Hiburan

REDZA ROSLI SENTIASA ADA UNTUK SHARIFAH ROSE…

REDZA ROSLI SENTIASA ADA UNTUK SHARIFAH ROSE...

SWA TV by SWA TV
October 17, 2021
in Hiburan
Reading Time: 2 mins read
A A
0
484
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Petaling Jaya, 15 Oktober 2021 –  Kekasih Hati Mr Bodyguard, drama bersiri popular gandingan serasi Redza Rosli dan Sharifah Rose kini sedang rancak disiarkan menerusi slot Lestary TV3. Drama terbitan Creative Skill Solution yang diinspirasikan dari novel karya Ateen Khalid telah menerima sambutan luar biasa apabila kebanyakan episod yang disiarkan ketika bulan Mei 2021 berjaya mencapai 4 juta penonton. Walaupun siaran baki episodnya terpaksa ditunda akibat pelaksanaan PKP di seluruh negara bermula 1 Jun lalu, penantian lama yang ditanggung oleh jutaan peminat drama ini dibalas dengan berita baik apabila ia diteruskan dengan 13 episod lagi sejurus tamatnya bahagian pertama yang bersiaran dari 10 September 2021 hingga 15 Oktober 2021.

 

Sekuel Kekasih Hati Mr Bodyguard (13 episod) bakal bermula pada 16 Oktober 2021, setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam di slot Lestary TV3. Anda juga dapat menyaksikan drama popular ini di platform penstriman Disney+ Hotstar Malaysia.

 

Drama ini merupakan nukilan skrip oleh Nieza Nahar dan Hayati Ahmad, diarahkan oleh Emi Suffian dengan menampilkan barisan pelakon popular tanah air seperti Redza Rosli, Sharifah Rose, Ungku Hariz, Syafnida Shuhaimi, Fadlan Hazim, Ian Haziq, Lisdawati, Zuhairi Ibrahim, Zarina Zainuddin dan ramai lagi.

 

Menurut Puan Nini Yusof, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima, “Alhamdulillah, Kekasih Hati Mr Bodyguard kembali menemui penonton TV3 dan diteruskan dengan kesinambungan jalan cerita yang lebih dramatik dan suspen dalam menguji keutuhan cinta antara watak Aralyn dan Hadif yang menggandingkan dua pelakon yang sangat serasi iaitu Sharifah Rose dan Redza Rosli. Drama ini bukan saja mendapat sambutan hebat ketika setiap episod siaran di TV malah ia juga meraih perhatian tinggi di laman media sosial dan juga di perkhidmatan penstriman Disney+ Hotstar Malaysia yang turut mempersembahkan karya hebat ini.”

 

Saya akan ada. Saya sentiasa ada. Itulah janji yang diberikan oleh Hadif (Redza Rosli) kepada Aralyn (Sharifah Rose) bahawa dia akan sentiasa ada untuk Aralyn. Setelah berlaku tragedi hampir dirogol, Aralyn mengalami trauma hingga mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Hadif. Hadif sungguh kecewa dan teruskan hidup dengan hati yang lara. Dengan perasaan patah hati, Aralyn terpaksa meninggalkan Hadif kerana dia menganggap dirinya telah banyak menyusahkan Hadif dan tidak layak untuk bersama Hadif.

 

Aralyn berkenalan dengan Lara (Syafnida Shuhaimi) di sebuah kedai haiwan peliharaan. Walaupun baru berkenalan, mereka berdua sungguh serasi kerana berkongsi minat yang sama iaitu cintakan haiwan. Selain perwatakan Lara yang periang dan pandai motivasikan orang lain, Lara juga seorang veterinar dan aktivis yang memperjuangkan hidup haiwan-haiwan jinak dan liar melalui NGO yang dianggotainya.

 

Sejak itu, hidup Aralyn kembali ceria. Lara bukan saja merapatkan dia dengan dunia aktivis haiwan, malahan atas nasihat Lara jugalah, Aralyn menerima semula Hadif. Bukan itu sahaja, malah kehadirannya memikat hati Farel (Fadlan Hazim) yang mula jatuh hati dengannya. Namun, hubungan rapat Lara dan Aralyn menimbulkan keraguan di hati Hadif dan orang tua Aralyn. Hadif rasa ada sesuatu tak kena dengan Lara lalu dia mula menyiasat latar belakang Lara. Siapakah Lara sebenarnya?

 

Jangan ketinggalan untuk terus menyaksikan Sekuel Kekasih Hati Mr Bodyguard menerusi slot Lestary di TV3, setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam. Jika terlepas, penonton juga boleh melayari dan menonton semula di penstriman Disney+ Hotstar Malaysia.

ShareTweetPin
Previous Post

DATUK WIRA DR. NOOR ZARI HAMAT MENYEMARAKKAN PROGRAM PENCINTA BUKU

Next Post

PENGUMUMAN HARGA LANTAI PENGERJAAN IBADAH UMRAH DAN PENETAPAN SYARAT PENGIKLANAN PAKEJ UMRAH

Next Post
PENGUMUMAN HARGA LANTAI PENGERJAAN IBADAH UMRAH DAN PENETAPAN SYARAT PENGIKLANAN PAKEJ UMRAH

PENGUMUMAN HARGA LANTAI PENGERJAAN IBADAH UMRAH DAN PENETAPAN SYARAT PENGIKLANAN PAKEJ UMRAH

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • KARNIVAL DURIAN RIVER OF LIFE LEMBAH SAHOM KEMBALI LAGI, BAKAL DIANJURKAN PADA 2 & 3 JULAI 2022

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • DATIN LYNDA GHAZZALI RAI WANITA MENOPAUSE DI KEDIAMAN BELIAU

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • TEMASYA BUDAYA @ NEGERI PERAK TARIK MASYARAKAT KENAL LEBIH DEKAT KESENIAN PELBAGAI KAUM NEGERI PERAK
  • Percubaan Kerajaan Negeri Selangor Untuk Mencipta Rekod Baharu di Dalam Malaysia Book of Records
  • PROGRAM JOM BACA @CHADAK MEMUPUK BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN MASYARAKAT ORANG ASLI
  • BULAN PELANCONGAN ISLAM (ITM 2023): MERAIKAN PENGALAMAN PELANCONGAN MESRA MUSLIM DI MALAYSIA
  • PESTA TEATER RUNCIT SEBUAH PERTANDINGAN TEATER PENDEK ANJURAN FAKULTI TEATER ASWARA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2021

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2021

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist