SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

NEGARA BERALIH ‘FASA PERALIHAN KE ENDEMIK’ BERMULA 1 APRIL INI

NEGARA BERALIH ‘FASA PERALIHAN KE ENDEMIK’ BERMULA 1 APRIL INI

Asraf Zin by Asraf Zin
March 8, 2022
in Info@swatv
Reading Time: 1 min read
A A
0
Sidang media khas Perdana Menteri pada hari ini (8 Mac). Sumber Foto - Sinar Harian

Sidang media khas Perdana Menteri pada hari ini (8 Mac). Sumber Foto - Sinar Harian

42
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media yang berlangsung hari ini mengumumkan Malaysia akan memasuki Fasa Peralihan ke Endemik bermula 1 April ini.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor termasuk melakukan penilaian risiko dan mendapatkan pandangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Berikutan sidang media oleh YAB Perdana Menteri sebentar tadi, sebanyak 10 SOP mula dikuatkuasakan dalam Fasa Peralihan ke Endemik.

Antaranya adalah had waktu operasi bagi premis perniagaan dimansuhkan. Premis boleh melaksanakan waktu operasi masing-masing mengikut syarat lesen operasi premis.

Selian itu, Dato’ Sri Ismail Sabri turut berkata, “Pendaftaran kemasukan menggunakan MySejahtera masih diwajibkan tetapi dikecualikan untuk kawasan terbuka yang tidak sesak dan tiada perhimpunan ramai. MySJ Trace diwajibkan untuk tempat tertutup dipenuhi pengunjung.

Menurut beliau, pemakaian pelitup muka di tempat awam masih lagi diwajibkan bermula 1 April.

Dalam pada itu, beliau turut berkata, “Kerajaan mencadangkan aktiviti solat berjemaah di masjid atau surau dan rumah ibadat bukan Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan sosial.

Bagaimanapun, ia masih lagi tertakluk kepada keputusan Pihak Berkuasa Agama Negeri dan Kementerian Perpaduan Malaysia atau Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).

“Had kapasiti pekerja yang sebelum ini bergantung kepada liputan vaksinasi juga dimansuhkan. Semua individu dibenarkan merentas negeri tanpa mengira status vaksinasi mereka”, kata beliau.

Serta, Individu yang disyaki atau disahkan positif COVID-19 masih lagi wajib mematuhi setiap garis panduan yang telah ditetapkan oleh KKM. Ia termasuk ujian pengesanan COVID-19 dan tatacara kuarantin.

Menurut Dato’ Sri Ismail Sabri, Fasa Peralihan ke Endemik ini adalah satu langkah strategi untuk negara kembali kepada kehidupan normal setelah bergelut dengan pandemik COVID-19 sejak 2019 lagi.

“Fasa ini adalah fasa sementara sebelum negara beralih ke Fase Endemik yang mana ia tertakluk kepada pengumuman yang hanya boleh dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)”, jelasnya lagi.

ShareTweetPin
Previous Post

SUKE TV BEKERJASAMA DENGAN MRANTI NEXUS PACU INDUSTRI PERNIAGAAN TEMPATAN

Next Post

PPV OFFSITE DITUTUP SECARA BERPERINGKAT BERMULA MAC 2022

Next Post
PPV OFFSITE DITUTUP SECARA BERPERINGKAT BERMULA MAC 2022

PPV OFFSITE DITUTUP SECARA BERPERINGKAT BERMULA MAC 2022

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • KARNIVAL DURIAN RIVER OF LIFE LEMBAH SAHOM KEMBALI LAGI, BAKAL DIANJURKAN PADA 2 & 3 JULAI 2022

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • DATIN LYNDA GHAZZALI RAI WANITA MENOPAUSE DI KEDIAMAN BELIAU

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • TEMASYA BUDAYA @ NEGERI PERAK TARIK MASYARAKAT KENAL LEBIH DEKAT KESENIAN PELBAGAI KAUM NEGERI PERAK
  • Percubaan Kerajaan Negeri Selangor Untuk Mencipta Rekod Baharu di Dalam Malaysia Book of Records
  • PROGRAM JOM BACA @CHADAK MEMUPUK BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN MASYARAKAT ORANG ASLI
  • BULAN PELANCONGAN ISLAM (ITM 2023): MERAIKAN PENGALAMAN PELANCONGAN MESRA MUSLIM DI MALAYSIA
  • PESTA TEATER RUNCIT SEBUAH PERTANDINGAN TEATER PENDEK ANJURAN FAKULTI TEATER ASWARA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2021

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2021

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist